Yamaha YZF R1 dan R6 "Race Blu" 2014 - Debut Di MotoGP Silverstone

Yamaha YZF R1 dan R6 "Race Blu" 2014 - Debut Di MotoGP Silverstone

Yamaha secara rasmi melancarkan versi " Race Blu " 2014 yang di inspirasikan dari jentera Yamaha YZF-M1 bagi semua model sports 600cc ke atas bersempena perlumbaan MotoGP British di litar Silverstone minggu ini.

Yamaha YZF R1 dan R6 "Race Blu" 2014 - Debut Di MotoGP Silverstone

Warna matte black dan shiny blue yang kononnya berdasarkan dari skim warna jentera pasukan Yamaha Racing Factory MotoGP team itu akan di gunakan pada model Yamaha YZF-R1 dan Yamaha YZF-R6. Selain dari 2 model ini, versi Race Blu juga terdapat pada jentera FZ8 dan Fazer 8, XJ6, XJ Diversion F dan jentera baru MT-09.

Yamaha YZF R1 dan R6 "Race Blu" 2014 - Debut Di MotoGP Silverstone

Menurut kenyataan rasmi Yamaha Motor U.S.A, kedua model " Race Blu " 2014 ini masih mengekalkan spesifikasi 2013 dan hanya terhad untuk pasaran Eropah, namun mungkin ada beberapa model yang akan menjengah di pasaran Malaysia, nantikan pengumuman rasmi dari Yamaha ( Ura-ura mengatakan Yamaha akan melancarkan model superbike 3 silinder 2015 nanti ). Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon