Ducati 899 Panigale 2014 - Terserlah Kehebatan

Ducati 899 Panigale

Telah terserlah di media seluruh dunia Ducati 899 Panigale 2014 yang mungkin akan di lancarkan tidak berapa lama lagi, trademark kebiasaan bagi Ducati, pastinya si adik kecil mempunyai bentuk luaran sama seperti si abang Ducati 1199 Panigale, sama tapi tak serupa, harap jangan tersalah pilihan nanti.

Ducati 899 Panigale

Namun pasti mata peminat tertumpu pada double-sided swingarm yang di gunakan, berbeza single-sided swingarm seperti yang digunakan pada Ducati 1199 Panigale yang sudah menjadi identiti Ducati sejak dekad yang lalu. Di tambah rim split 5 spoke dan suspensi Showa mengantikan Ohlins yang di guna 1199 Panigale, ianya merubah identiti menjadi 899 Panigale.

Ducati 899 Panigale

Bahagian enjin dan elektronik turut di perhalusi, Superquadro V-Twin 899cc yang menghasilkan kuasa kuda dalam lingkungan 150-160hp, cukup bertenaga untuk bersaing dengan jentera 600cc 4 silinder dari Jepun. Adakah Ducati Panigale 899 mampu mengigit supersports 600cc Jepun? Anda uji dan nilaikan sendiri...

Ducati 899 Panigale

Ducati 899 Panigale

Ducati 899 Panigale

Ducati 899 Panigale

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

4 comments

boleh je bro, kena hulur ongkos nya dulu hehe

teringin nak beli motor besar tetapi duit xda, :)

Ada rezki tu bro, aku doakan, aku ni lagi la sampai ada yang sorok motor hehe :-)


EmoticonEmoticon