Kawasaki Ninja ZX-10R 2014 Kembali Mencabar Kategori Superbike

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014 Kembali Mencabar Kategori Superbike. Persaingan dari pengeluar superbike Jepun untuk pasaran 2014 dalam usaha bersaing dengan kebangkitan pengeluar Eropah makin panas seperti mana Tom Sykes yang berjuang di atas Kawasaki untuk memecah donimasi Aprillia, BMW, Ducati dalam WSBKHonda dan Suzuki masih bersaing dengan model dan spesifikasi lama.

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

Yamaha telah menarik diri walaupun telah mengeluarkan model 2014 dan hanya menumpu pada jualan di pasaran. Di jangka Jepun akan menyerang pasaran superbike dengan model ini di pasaran 2015.

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

Kawasaki telah mengeluarkan butir-butir spesifikasi dan gambar terbaru Ninja ZX-10R 2014 setelah Yamaha mengumumkan YZF-R1 2014, motosikal kelihatan lebih kurang sama dengan model 2013.

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014
Pasti kelihatan seolah Jepun benar-benar telah berputus asa untuk cuba bersaing dengan pasukan superbikes Eropah, Ducati Panigale RAprilia RSV4 APRC Factory dan BMW S1000RR HP4 seperti tidak tergugat. Kita tunggu tindakbalas Jepun 2015 nanti.

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

Perbezaan ketara pada Ninja ZX-10R 2014 ialah sistem ABS 'pintar', stereng damper OHLINS yang sensitif pada kelajuan dan pecutan, salah satu yang terbaik dalam saingan sekelasnya sistem kawalan cengkaman (Traction Control System), panel instrumen LCD dengan bar-graf LED tachometer, slipper kalc, omboh besar (BPF) pada bahagian fork hadapan. 

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

Kotak gear 6-kelajuan jenis kaset, sistem ram udara dengan kotak udara 9-liter, sistem ekzos titanium-header dengan paip header hydroformed, casis dan swingarm aloi aluminium , dan dual catalyzers membantu motosikal memenuhi standard pelepasan ekzos Euro III.

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

Menurut Kawasaki "ketinggian tempat duduk Ninja ZX-10R 2014 berukuran 32 inci menjadikannya kaki penunggang mudah untuk mencapai tanah, bentuk tangki petrol menawarkan keselesaan yang ergonomik terhadap lengan dan paha penunggang apabila menunggang dan adjustable footpegs boleh diturunkan dengan tambahan 15mm apabila motosikal sedang ditunggang di jalan. "

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

Kalangan pemerhati pasti Kawasaki Ninja ZX-10R 2014 kekal kompetitif seperti biasa tetapi, harapan persekitaran ekonomi dunia akan kembali pulih dan melihat Jepun kembali dengan melancarkan model-model mereka tiap tahun dalam segmen superbike. Kelihatan Jepun menyimpan senjata rahsia untuk 2015. Sumber

Kawasaki Ninja ZX-10R 2014

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

4 comments

Selepas gst brape plak tu..

hehe tak sure berapa harga, banyak faktor juga yang akan menentukkan harga sesuatu model di pasaran.


EmoticonEmoticon