Kawasaki ZX-14R 2014 Hyperbike Terunggul Kawasaki

Kawasaki ZX-14R 2014 Hyperbike Terunggul Kawasaki dan Kawasaki benar-benar mahu menyerang, dengan ZX-10RZX-14R di letakkan sebagai serampang dua mata untuk meletakkan ZX-14R sentiasa di hadapan dalam segmen Hyperbike, khususnya menewaskan Suzuki Hayabusa 1300 2014.

Kawasaki ZX-14R 2014 Hyperbike Terunggul Kawasaki

Kawasaki bersama melancarkan ZX-10R 2014 telah mengeluarkan gambar rasmi pertama dan spesifikasi ZX-14R 2014 (dikenali sebagai ZZR1400 di Eropah,) dan apa yang anda benar-benar perlu tahu tentang perkara ini, hyperbike dengan 200hp ini adalah motosikal pengeluaran terpantas di dunia. Enjin 1441cc inline-4 adalah nadi di sini, segala-gala yang lain hanya sampingan.

Kawasaki ZX-14R 2014 Hyperbike Terunggul Kawasaki

Di lengkapi dengan slipper klac, dan kawalan cengkaman KTRC dan ABS dan casis monocoque aluminium. Roda aloi 10 jejari model 2014 adalah 3lbs lebih ringan dan kukuh dari model 2013, seting suspensi telah di laras untuk memberi kualiti yang lebih baik dengan tahap mampatan dan tolakkan lebih baik.

Kawasaki ZX-14R 2014 Hyperbike Terunggul Kawasaki

Tetapi perkara sebenar di sini, di jalanan yang lurus, tidak ada motosikal produksi yang lain di dunia yang boleh bersaing dengan ZX-14R dan lampu utama quad-projektor di fairing hadapan akan membuatkan anda berkata " this is really badass ".

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon