Suzuki Belang R150 Special Edition 2013 - Unggul kelas 150cc 4 Lejang

Suzuki Belang R150 Special Edition 2013 - Unggul kelas 150cc 4 Lejang dan antara jentera terbaik 150 cc 4 lejang di pasaran ketika ini, dengan pesaing terdekat Yamaha FZ150, Suzuki Assemblers Malaysia tidak mahu turut ketinggalan dalam memeriahkan sektor moped di rantau ini dengan memperkenalkan Suzuki Belang R150 Special Edition 2013.

Suzuki Belang R150 Special Edition 2013

Masih kekal dengan specs dan enjin 4 lejang DOHC 150cc dan teknologi karburetor vakum yang di ambil dari ikon Suzuki, GSX-R, Belang R150 menawarkan kuasa pada casis yang kecil namun kukuh untuk menjadikan jentera ini lincah, berkuasa dan mudah di kawal, dan untuk informasi pambaca Arena Motor. 

Suzuki Belang R150 Special Edition 2013

Enjin 4 lejang DOHC 150cc pada Belang R ini sebenarnya telah di keluarkan pada tahun 1998, dan jika anda masih ingat model itu ialah Suzuki FXR-150,ya... Suzuki telah mengeluarkan sebuah jentera yang mendahului zamannya ketika itu.

Suzuki Belang R150 Special Edition 2013

Suzuki Belang R150 Special Edition 2013 di tampilkan dengan kemasan warna hitam di bayangi grafik oren emas pada bahagian facelift dan sport rim juga turut di beri sentuhan yang sama warna oren emas, sepadan dengan warna emas pada bahagian head block dan cover enjin di kiri dan kanan, menyerlahkan lagi gaya Belang R. Pada harga RM 7720, sangat berbaloi dengan kuasa yang di tawarkan, alah membeli tapi rugi nikmat jika anda menjual semula....

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon