Yamaha 135LC - Versi Limited Grafik MotoGP 2013

Yamaha 135LC - Versi Limited Grafik MotoGP 2013

Yamaha 135LC - Versi Limited Grafik MotoGP 2013. Yamaha tidak pernah ketandusan  idea kreatif dalam usaha mengekalkan kelompok pengikut mereka sendiri dan memikat pengguna baru terutamanya golongan muda, malah tagline " Semakin Di Depan " sememangnya tepat mengambarkan Yamaha telah merajai sektor moped di rantau Asean ketika ini.


Bersempena dengan perlumbaan MotoGP Sepang yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini, Hong Leong Yamaha sekali lagi tampil dengan Yamaha 135LC Versi Limited Grafik MotoGP 2013, warna dan corak grafik adalah khas di adaptasi dari jentera Yamaha YZF-M1 2013.

Yamaha 135LC - Versi Limited Grafik MotoGP 2013

Dari segi specs, 135LC GP ini tidak banyak berubah, masih kekal dengan wajah facelit aerodinamik yang telah berevolusi dari model pertama 2006, Yamaha 135LC Versi Limited Grafik MotoGP 2013 ini hanya di keluarkan sebanyak 1000 unit, mahu merasakan aura seperti Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi dan harga seunit Yamaha 135LC Versi Limited Grafik MotoGP adalah RM 7800, Istimewa dari Yamaha untuk anda. Sumber


I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon