Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Era moped kapcai Malaysia memasuki fasa baru apabila satu demi satu pengeluar motosikal di Malaysia mula memperkenalkan sistem suntikan bahan api ke atas keluaran mereka, setelah Modenas memperkenalkan Modenas CT Fuel Injection, kini Yamaha turut turun bersaing dengan memperkenalkan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection.

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Di lancarkan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien bertempat di Sunway Lagoon Resort Hotel & Spa, Lagenda 115Z serba baru ini hadir pada waktu yang tepat di Malaysia sesuai dengan kenaikkan harga petrol baru-baru ini, ( Negara jiran Asean sudah lama mengunakan sistem suntikan bahan api pada moped keluaran mereka ) sistem suntikan bahan api pada Lagenda 115Z ini terbukti mampu menjimatkan petrol lebih drastik berbanding pengunaan karburetor sebelum ini.

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha sudah tidak asing dalam menerapkan elemen rekaan luaran sporty dan menarik pada model keluaran mereka yang mendominasi pasaran moped di Malaysia dan Asean sebelum ini, pasti akan terus meletakkan Yamaha Semakin Di Depan dengan kunci utama jualan ketika ini sistem bahan api yang cekap dan ekonomi. Bagi Lagenda 115Z baru, ciri-ciri baru seperti panel instrumen ergonomik, ruang penyimpanan di bawah tempat duduk, sirip perisai kaki dua lapisan , kelompok lampu sporty dan bentuk ekzos baru diperkenalkan.

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Enjin adalah 113cc,4 lejang, SOHC di padankan dengan transmisi 4 kelajuan yang menghasilkan 7.4kW pada 7750 rpm dan 9.9nM pada 6250rpm. Bercakap pada majlis itu, Pengarah Urusan HLYM. CH Ng berkata " Yamaha Lagenda 115Z baru-penamat siri Lagenda juag memberikan anda rasa kualiti yang tinggi dan pengalaman menunggang sofistikated yang on-board ".

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Tiga varian ditawarkan ,penghidup tendang, penghidup elektrik dan varian 115ZR, yang datang dalam warna khas Yamaha Racing dan ciri-ciri tambahan lain seperti latar LED dengan panel instrumen biru yang menyala di bawah ruang penyimpanan pelana, sistem takungan udara suspensi belakang dan footrest miring anjal.

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha Lagenda 115Z baru ini  dijual pada harga RM4,792 bagi varian penghidup tendang manakala versi penghidup elektrik dijual pada harga RM5,168Lagenda 115ZR ditetapkan pada RM5,410. Kunjungi kedai motosikal berhampiran, pasti anda tidak mahu lepaskan memiliki model anggun dan canggih ini. Sumber

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection 2014 Di Lancarkan - Canggih & Bergaya

I'm Big Fan Of Motorcycles

44 comments

Berapa harga atas jalan sekarang ? May 2014..

harga ada di nyatakan dalam artikal kat atas tu bro, estimate tak jauh dari harga yang mula di lancarkan

Sy sudah pakai lebih kurang 3 bulan so far terbaik Penjimatan Minyak dan handling yang mantap.... ramai x berpuas hati dengan mentol lampu hadapan yang baru berbanding yang lama kerana hanya menggunakan 1 mentol..... tetapi sy berpuas hati kerana mentolnya yang satu itu cukup terang berbanding 2 mentol yang lama kerana ia menggunakan mentol yang lebih besar seakan sama seperti mentol kereta....... setakat ini tiada kekurangan pada sy..... bab kelajuan pula sesuai la dgn cc nya 115 lebih smooth berbanding yang lama.... kalau nak laju lg ambil lc laaa... tetapi sy tidak gemar kerana ia menggunakan block pakai buang (x boleh upsize) sekiranya jammed dan menggunakan sistem penyejuk bendalir (radiator)......

Feedback yang bagus tu bro, jadi tentang masalah mentol sudah jelas sekarang, walaupun 1 mentol tapi lebih besar. Tentang kelajuan tu bagi kami model2 terbaru sekarang telah "cut limit" atas faktor keselamatan, jadi kelajuan sesuai dengan cc, berat motorsikal itu.

Motor saya lagenda115zr hanya boleh pecut 100km/h, apakah yg patut saya perlu lakukan untuk menambah kelajuan,.. Tolong..

Itu memang kelajuan standart, banyak model baru sekarang telah di "Cut Limit". Cuba cari CDI no cut limit untuk model injection, di Thailand mungkin ada, kemudian sedikit setting perlu pada sistem injection. sekadar cadangan

Salam nk tnye.. Klau bwk lbh pade 80km/h, ade gegar2 x??

wasalam, dari pengalaman sendiri, gegaran tak ketara dan memang selesa

Boss blh x bgi tau ape kekurangan motor ni.. Berdasar pngalmn..?

kalau dari pengalaman kami sendiri, so far model ini bagus, gaya memang ada, kualiti bagus dan jimat, cuma dari segi kelajuan maksimum agak kurang.

Tq ats mklum bls.. Bru je angkt 115 fz rm5750.. Hehe

ok bro, tahniah, penting jaga maintanance dengan baik, pandu cermat jiwa selamat dan ingat yang tersayang.

Okay. Da selesai jatuh cinta dgn moto ni. Lepas tgok youtube. G web sini sana tgok specs and cakap orang. Tgok gambar bgai. Aq da jatuh cinta dgn moto ni. Dan lagi 3 hari aq akan dapat moto ni. Xsabar nk bawak

saya tiap2 hari ulang alik keja 50+50km. nk ambl lc,fz xmampu sbb bru keja. rsanya moto ni sesuai x? dri segi minyak ok, dri segi topspeed kurang kn?

sesuai bro sebab baru kerja kan, kalau untuk long distance suggest wave sebab tank lagi besar

tahniah bro, yang penting pandu cermat jiwa selamat, ingat orang yang tersayang waktu riding tu orite

utk vrsi zr bkn ke ad lampu kt bonet?camna tu ya

Lampu signal tangkai nyer tahan ke tak...??takut senang patah mcm honda jer...

maksud bro, lampu di bahagian bar pemegang belakang?

Pada pendapat kami, memang kurang lasak signal tangkai, risiko bila tumbang atau jatuh memang akan cepat patah, tapi dari segi praktikal keselamatan memang nyalaan lampu ini lebih jelas kelihatan atau mungkin sekadar ikutan trend semasa

antara yamaha lagenda 115z nie ngan honda future 125 mne lbih bgus?

antara lagenda nie n future mne lbih bgus?

Sblum ni nk angkat Honda Wave DASH.. tp p mai p mai dua tga kdai, smua kata btter Lagenda..tp bla dlm ni kata topspeed kurg, mcm xbrapa brkenan lak..

Top speed memang kureng, tapi pickup die mantap. Response die lak cepat sebab fuel injection. Syok bawak kalau brader minat camtu

top speed mmg kurang lebih kurang sama laju dgn wave altimo std je...
tapi dari segi penjimatan minyak mmg suppperrr hebat...
dari ipoh - kL minyak isi rm6 xhabis..
boleh pusing2 dataran 3-4x lg...
dari kL - bahau rm6 xsampai...
penjimatan minyak mmg bgs..

lagenda 115 z best!. . pickup terbaik. .top cpt. .

Bro. motor ni kalau standard boleh bawak smpai penang ke? mcm risau pulak

mintak komen pengguna lagenda 115z, seat dia ok ke?
pasal aku nya yg baru beli ni seat dia susah tutup.
Nak kena tekan kuat2 lak baru leh tutup
pas tu bila bawak je seat tu akan terbukak sendiri

Seat ok, cuma gegar je.. Ak rs seat ko prob..

salam bro.. 2 pilihan buat hati xsenang.. antara 115z atau ct11s. dari segi enjin enjin menang kat 115z dan body lawa ct115s. apa pendapat bro?

Bro apa perbezaan 115z dengan 115zr tu..kurang pengelaman la pasal motor nie..

mne yg better aek ..wave dash atau 115zr nih

nk tnye
kwn da angkat 115z bulan lepas,, belikan utk org tua guna..
sgt puas hati
skang nk beli lg 1 utk kegunaan harian kwn plak
persoalannye.. motor ni kene pantang ke,, atau leh perah terus minyaknye.. dan bape limit kelajuan serta bape lama klu kene pntang

Seat dia nak kena ketat kan baru dia tak gegar bro

Tengah dilema jugak ni dash or lagenda. Kalau dash carb jangan la, bengkel kata carb selalu ada isu. Body pon berat. Dash i ok kot. Harga lebih kureng. Tanya kedai td 5.6k otr.. masuk gst eh nk dkt 6k jugak tu.

berdasarkan sy pernah comment sebelum ni jd or x beli Lagenda, pd 29/3/15 akhirnya sy beli juga 115z FuelInjection ni.. sy dh bc dri satu blog dia ada bg bbrapa petua utk topspeed kan dia.. so far first yg sy dh ubah, spoket dia.. so far blh pergi 120kmj.. biasa la moto ni masih ada cut off.. spoket asal selepas dilenjan dpt pergi 100-108 shj.. minyak jimat.. wlupun signal capang, tp itu adlh standrd utk keluaran motosikal skrg ni.. LC baru pun dah ada signal capang.. hehe... alhamdulillah sy beli sehari sebelum gst.. lega rasa..

cantik la..dah baca comment baru rasa nak angkat..sy ni Jenis tak bwk laju..yg penting jimat minyan sbb nak g kejew..

Lagenda ni sesuai ke jalan jauh dlm 200 km gtu dari sudut keselesaan bervanding future ke macam tu? Mnta tlg sesapa jawab.. Huhu

Sesuai x moto ni nak g jauh dlm 200km ulang alik dr sudut keselesaan dan lain2 berbanding future dan atau ada yg lain2?

Saya pun pakai lagenda 115z tapi dan tukar tayar michelin depan dan belakang. Tayar standard kilang vee rubber tu licin nyaris nak jatuh semasa corner. Pernah bawa ulang alik kerja lebih kurang 250km pakai minyak ron 97 setangki pergi dan setangki balik. Top speed 100kmj habis. Niat nak masuk ecu apitech nak tambah power tapi tak tahu ada jual dimana. Motor stabil dan senang dibawa.

Nak Tanya,Kalau Brapa Jauh bole pergi kalau Full Tank?sbb skarang ni mmg nak cari motor yg jimat minyak...


EmoticonEmoticon