Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014. Kami belum mengulas model 1199 R dan 1199 Senna yang di rasmikan sebelum ini, Ducati telah merasmikan Panigale yang lebih kuat - Superleggera 1199...lebih menarik dari 2 model sebelum ini.

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014


Jentera berenjinkan ' Superquadro ' L -twin menghasilkan lebih daripada 200 kuasa kuda dan dengan banyak menggunakan bahan-bahan seperti titanium, magnesium dan carbonfibre, dengan berat kering hanya 155 kg! wow seperti mesin MotoGP!!! Panigale Superleggera adalah motosikal edisi terhad dan hanya 500 unit di hasilkan.

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014

Spesifikasi Superleggera 1199 sememangnya menerujakan pencinta motosikal, benar-benar hebat - casis monocoque daripada magnesium, roda tetuang magnesium dari Marchesini, sistem ekzos penuh titanium Akrapovič, subframe belakang dan Bodywork carbonfibre dan juga bateri lithium- ion, ciri-ciri yang mengurangkan berat mesin ini.

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014

Malah enjin juga ringan - conrods, injap ekzos dan injap masuk semua titanium, omboh cincin berkembar di gunakan dan crankshaft telah di ringankan , ketepatan seimbang menggunakan kemasukkan tungsten padat, semua bantuan dalam membenarkan enjin berputar lebih tinggi dan cepat.

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014

Juga seperti yang di harapkan, suspensi dan komponen brek Superleggera adalah hanya yang ber"wang" mampu membeli yang terbaik - fork hadapan OHLINS boleh laras sepenuhnya, monoshock belakang OHLINS TTX36 ( dengan spring titanium ), dan brek Brembo M50.

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014

Segala gabungan yang menggerunkan 1199 perlu di jinakkan dengan sistem elektronik pintar - wheelie control, traction control dan ride-by-wire throttle dan sebagainya - bagi memastikan pengendalian racebike ini betul pada had mutlak dan prestasi dinamik.

Gambar Rasmi Dan Spesifikasi Ducati Panigale 1199 Superleggera 2014


Ducati Panigale Superleggera 1199  : Spesifikasi


  • Enjin: 1198cc , Desmodromic , 8 -injap, Superquadro L -twin
  • Kuasa: 200bhp + @ 11,500 rpm
  • Tork : 134Nm @ 10,200 rpm
  • Suntikan bahan api : Sistem suntikan bahan api elektronik dengan penyuntik berkembar setiap silinder Mitsubishi
  • Transmisi: 6-kelajuan , dengan plat berbilang selipar klac basah
  • Casis: Monocoque Magnesium
  • Suspensi depan: OHLINS FL916 43mm dengan TiN , boleh laras sepenuhnya fork USD
  • Suspensi Belakang : OHLINS TTX36 boleh laras penuh dengan unit spring titanium, pelarasan gabungan ( progresif / rata), swingarm tunggal berat sebelah aluminium
  • Roda dan tayar : 17 inci aloi magnesium dengan tayar 120/70 ZR17 (depan) 200/55 ZR17 (belakang) Pirelli Diablo Supercorsa SP
  • Brek depan: Cakera berkembar 330mm separuh terapung, Radial mount Brembo Monobloc M50 angkup 4 omboh , Bosch 9ME ABS
  • Brek Belakang: cakera 245mm , 2- omboh angkup
  • Kapasiti tangki bahan api: 17 liter
  • Berat kering : 155kg
  • Berat basah : 177kg
  • Jaminan: 2 tahun, tanpa had batuan.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon