Ducati Panigale 1199 S Senna Di Lancarkan - Penghormatan Kepada Lagenda F1


Peminat Ducati dan permotoran pasti masih ingat model Ducati 916 Senna, dengan Bodywork kelabu dan beroda merah tersendiri, di hasilkan dari tahun 1995-1998. Dan kini, versi baru kembali - Ducati  Panigale 1199 S Senna 2014, merupakan penghormatan Ducati untuk Ayrton Senna, juara dunia F1 tiga kali  yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis pada perlumbaan grand prix F1 San Marino.


"Ducati, dalam perjanjian rapat dengan Yayasan Senna ingin menyumbang kepada matlamat kebajikan dan yayasan pendidikan Senna memutuskan untuk sekali lagi memberi penghormatan melalui ' Ducatisti ' yang antara paling berprestij pernah di hasilkan, Panigale 1199 S Senna, "laporan dari syarikat dari Bologna itu.


Ducati Panigale 1199 S Senna telah di lancarkan di Sao Paulo Motosikal Show. Pengeluaran Ducati edisi terhad ini akan bermula pada bulan Jun 2014, hanya 161 unit akan dibina ( Ayrton Senna berlumba 161 kali dalam F1 ) dan motosikal ini hanya terhad di Brazil ???...  Adilkah Ducati???...




Source & Image, Credit to : Faster and Faster

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon