Kemunculan Hebat KTM 1290 Super Duke R 2014

Kemunculan Hebat KTM 1290 Super Duke R 2014 dan ini adalah apa yang anda benar-benar perlu tahu tentang KTM 1290 Super Duke R 2014 yang di kuasakan oleh engin 1.3 liter V -Twin 75 darjah yang menghasilkan 180hp dan 144Nm kuasa tork.

KTM 1290 Super Duke R 2014

Dengan berat kering hanya 189 kg, KTM baru ini mampu mencapai dari titik sifar hingga 100 km/h dalam masa hanya 7.2 saat? Prestasi menakjubkan dari sebuah nakedbike... Sudah pasti KTM telah berjaya untuk mendapatkan perhatian kita dengan cara yang betul.

KTM 1290 Super Duke R 2014

Ibarat raja dari kalangan binatang buas dalam saingan sekelas nakedstreetfighter kelas 1000cc yang terdiri dari Ducati Streetfighter, Aprilia TUONO V4R dan MV Agusta Brutale 1090. KTM 1290 Super Duke R baru ini sememangnya liar seperti di bayangkan.

KTM 1290 Super Duke R 2014

Selain dari enjin yang berkuasa , spesifikasi tinggi sistem brek cakera berkembar 320mm dari Brembo dan sistem Bosch ABS melengkapi suspensi hadapan, sistem kawalan throttle "ride by wire" dari Keihin telah di optimumkan untuk kawalan maksima (sementara masih mengawal anda daripada anda terlalu memecut keras semasa melibas di selekoh).

KTM 1290 Super Duke R 2014

Sistem kawalan cengkaman maju (TCS), rangka tiub krom molibdenum, swingarm tunggal berat sebelah, dan rim aloi Die-Cast bertekanan rendah di baluti tayar mencengkam Dunlop Sportsmart ² baru yang tahap kecengkaman di jalanraya tidak perlu di pertikaikan lagi.

KTM 1290 Super Duke R 2014

Walaupun KTM 1290 Super Duke R menawarkan prestasi hebat, ia tidak seperti jentera replika perlumbaan superbikes yang akan memberi sedikit kurang keselesaan pada belakang badan, lutut dan pergelangan tangan.

KTM 1290 Super Duke R 2014

KTM menawarkan kemampuan ergonomik yang sangat baik yang telah direka untuk penunggang yang berbeza keadaan ketinggian dan saiz fizikal. Dengan perkhidmatan lepas jualan yang ditetapkan pada 15,000 km... Anda akan merasai kemegahan di jalanan...

Spesifikasi KTM 1290 Super Duke R 2014


  • Enjin: 4-lejang , cecair- sejuk, suntikan bahan api , 75 darjah V -Twin
  • Displacement: 1301cc
  • Kuasa kuda: 180bhp pada 8,870 rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan kotak gear, pengendalian klac slipper hidraulik
  • Casis : Kromium - Molybdenum - Steel trellis frame
  • Sistem gantungan: 48mm WP USD fork hadapan, monoshock WP, kedua-dua hujung laras sepenuhnya
  • Brek: Brek cakera berkembar Brembo 320mm dengan 4 omboh kaliper (depan) , cakera tunggal dengan angkup 2 omboh (belakang) , Bosch 9ME Gabungan -ABS
  • Ketinggian seat: 835mm
  • Kapasiti tangki bahan api: 18 liter
  • Berat Kering: 189kg
  • Harga: TBA

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon