Honda CB1100, CB1100 EX 2014 Gaya Retro Prestasi Moden

Honda CB1100, CB1100 EX 2014 Gaya Retro Prestasi Moden, model ini cukup popular bagi mereka yang pernah membesar di sekitar 80an di Malaysia dulu. Mempunyai berbagai varian cc dari sekecil 90cc hinggalah sebesar 1047cc 6 silinder. 

Honda CB1100

Tentu anda masih ingat, majoriti golongan peniaga tika itu mengunakan Honda CB sebagai pembawa beban mencari rezki di pasar atau menjaja roti dari rumah ke rumah. Cukup mengambarkan, Honda CB jentera lasak dan berkuasa.


Honda CB1100 EX 2014

Masih di gemari dan berpengaruh, Honda secara rasmi melancarkan Honda CB1100 yang lebih kepada "cafe racer look" dan CB1100 EX bergaya metro untuk 2014.

Honda CB1100

Masih teguh konsep " 80s roots" tetapi dengan sedikit sentuhan prestasi moden, CB1100 di kuasakan enjin 1,140cc inline-4 sejukan udara, kotak gear 6 kelajuan, mengunakan sistem suntikan bahanapi menghasilkan 88hp dan tork 93Nm pada casis tiub keluli, purata pengunaan petrol adalah 18.5L perkilometer, cukup ekonomi pada mesin seberat 247kg!!!...

Honda CB1100

Di lengkapi fork hadapan teleskopik  41mm dan absorber boleh laras berkembar di belakang, brek Nissin dengan dics berkembar 296mm di hapadan, roda aloi aluminium 18inci dengan tayar bersaiz 110/80 depan dan 140/70 belakang. Gaya tempat duduk tegak untuk keselesaan tunggangan harian.

Honda CB1100 EX 2014

Honda CB1100 cukup dengan prestasi yang hebat pada gaya metro sejati. Inilah motorsikal yang akan sentiasa di hargai dan di sayangi oleh mereka yang mempunyai kenangan di tahun 1980an... kami rindukan 80an.. anda?...

Honda CB1100 EX 2014

Source & Image, Credit to : Faster and Faster

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon