Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2014 Di Lancarkan Di EICMA - Lebih Garang Dan Tangkas


Namanya sudah menjadi lagenda dalam arena Superbike dunia, walau di saingi hebat Kawasaki ZXR, Suzuki GSX-R dan Ducati ketika dahulu, namun populariti dan prestasinya masih kekal utuh seabad lama hinggalah kemunculan Yamaha R1 yang benar-benar menjadi pesaing sejati, sehinggakan mesin yang di asaskan oleh Tadao Baba boleh di katakan agak tergesa-gesa berevolusi tapi sentiasa lebih baik sebenarnya.


Honda CBR 1000RR Fireblade SP, yang kini di pamerkan di pameran motosikal EICMA di Milan, Itali. Walaupun tidak mempunyai banyak sistem elektronik canggih yang sangat di banggakan saingan dari Eropah, Honda Fireblade masih salah satu superbikes terbaik dari segi pengendalian, prestasi enjin, tunggangan dinamik dan kejuruteraan asli dengan sentuhan teknologi MotoGP Honda.


Fireblade memfokuskan pada penampilan dengan sistem suspensi OHLINS depan dan belakang, brek depan kaliber monobloc Brembo, roda aluminium tetuang 12 spoke emas anodize dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP, unit tempat duduk tunggal, sistem C- ABS ( dengan perisian disemak semula), sistem slipper klac MotoGP dan cat triwarna khas.


" Dengan enjin yang di olah untuk mengurangkan geseran, hasilnya 178 kuasa kuda pada 12250 rpm dan 114Nm tork pada 10,500 revs bersama sistem suntikan ( PGM- DSFI ) yang di padankan semula, melancarkan hantaran bahan api dengan tepat dan berkuasa untuk lebih pantas dan keras ketika melibas di selekoh dengan berat 199kg " menurut kenyataan rasmi Honda menggambarkan Fireblade SP


Honda Fireblade SP boleh didapati dengan pelbagai aksesori kilang, termasuk mudguard depan dan belakang carbonfibre, kotak engkol carbonfibre , windscreen hitam ( 27mm lebih tinggi dari asal ), stand belakang racing, beg tangki, pelekat set roda, pengoptimasi bateri dan scuff pelindung fairing.


Adakah Fireblade SP benar-benar pengganti sejati Fireblade sedia ada? jawapanya ya kerana Honda tidak pernah gagal malah sentiasa lebih baik malah lebih dari asal. Anda pening memikirkan yang mana satu bakal idaman kalbu? ini semua kerana Honda CBR Fireblade SP ...




Source & Image, Credit to : Faster and Faster

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

4 comments

theres no C-ABS in SP model

nak tanya moto nie boleh duibah x letak sit di blkng.. boleh bawak pembonceng x?

cover seat belakang boleh di buka untuk di letakkan seat asal.


EmoticonEmoticon