Kawasaki W800 Special Edition 2014 - Retro Sejati Dari Jepun

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Saban tahun kita di persembahkan teknologi canggih dan rekaan terkini model-model dari Kawasaki. Lihatlah Kawasaki Z1000 sebagai contoh, bermula sebagai nakedbike traditional dari Jepun terbaik pernah di hasilkan, hinggalah kini berevolusi ke tahap teknologi dan imej yang canggih. Namun Kawasaki tetap tidak lupa untuk mengekalkan model lama mereka seperti Kawasaki W650 dan evolusi terbaru, Kawasaki W800 Special Edition 2014.

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Merupakan kesinambungan dari model yang asal Kawasaki W650 sedekad lalu. Tebaru Kawasaki W800 Special Edition 2014 pasti akan menarik khusus bagi mereka yang gemarkan motosikal gaya retro tapi dengan kuasa yang lebih hebat. Di kuasakan enjin 4 lejang Vertical Twin SOHC 8 injap sejukan udara dengan sistem suntikan bahanapi, kotak gear 5 kelajuan, mampu menghamburkan kuasa maksimun 45ps, 65Nm/6500rpm pada casis besi jenis double cradle dengan berat kering keseluruhan motosikal 217kg.

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Dengan fork hadapan teleskopik 39mm dan sistem penyerap hentakan belakang spring berkembar yang boleh di laras 5 hala dan sistem brek kaliper cakera 300mm dengan sistem brek dram 160mm belakang, W800 baru pasti memberikan keselesaan tunggangan di samping kuasa berhenti yang boleh di percayai.

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Hebat bergaya dengan imej hitam bersinar pada W800 dari rim jejari traditional sehingga ke komponen enjin dan ezkos berwarna hitam matt, cukup menyerlahkan keseluruhan Kawasaki W800 baru ini sebagai retro sejati terbaik era moden dari Jepun pernah di hasilkan. Nantikan Kawasaki W800 Special Edition 2014 di Malaysia, kita semua pasti mahu melihat dengan lebih dekat...

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Kawasaki W800 Special Edition 2014

Source & Image, Credit to : Kawasaki.eu

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon