Suzuki GSX-R1000 2014 Di Lancarkan - Semakin Lama Semakin Popular

Suzuki GSX-R1000 2014

Suzuki GSX-R1000 2014 Di Lancarkan - Semakin Lama Semakin Popular | Suzuki telah mengeluarkan gambar rasmi pertama dan spesifikasi teknologi GSX- R1000 2014, tidak banyak berubah sebelumnya.GSX-R1000 baru masih di kuasai enjin in-line4 999cc menghasilkan 175bhp, dengan berat 203 kg, boleh di andaikan masih cukup bagus untuk rider menikmati keseronokkan...

Yang menakjubkan pada GSX-R baru ini, ianya masih tiada kawalan elektronik seperti ABS dan Traction Control. Hanya sistem mod tunggangan 3 tahap untuk di sesuaikan selera menunggang.

Suzuki memberi tumpuan meningkatkan keupayaan enjin seperti pengunaan omboh berteknologi  “Finite Element Method (FEM) and fatigue analysis technology”, sistem teknologi ekzos baru 4-2-1 Suzuki Exhaust Tuning (SET) dan sistem radiator teknologi MotoGP bentuk trapezoid untuk sejukan air dan minyak lebih efisyen.

Kekal dengan suspensi Showa depan belakang dan sistem brek Brembo, lain-lain dengan footpages boleh laras dan kusyen seat yang lebih high grip. Suzuki GSX- R1000 2014 hadir dengan 2 warna baru, biru-hitam-putih Gixxer dan hitam-kelabu. Suzuki seolah-olah menyimpan model superbike terbaru mereka untuk 2015.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon