Benelli TnT600 - Nakedbike Gaya Itali, Dari China Kini Di Malaysia

Benelli TnT 600 - Nakedbike Gaya Itali, Dari China Kini Di Malaysia. Benelli, ini adalah nama yang cukup gah suatu ketika dahulu, bersaing sebaris dengan gergasi Itali lain seperti Aprillia, MV Agusta dan Cagiva Ducati. Jangan anda terkejut kerana syarikat yang di bina di Pesaro, Itali pada 1911 ini sebenarnya di asaskan oleh seorang wanita bergelar janda iaitu Teresa Benelli demi menjamin masa depan anaknya iaitu Giuseppe, Giovani, Fransesco, Filippo, Domenico, Antonio dan Tonino. Namun masa yang beredar...

Benelli TnT 600

Benelli kini milik QIANJIANG Group CO LTD dari China, yang kembali menghidupkan jenama Benelli dengan model-model yang cukup mengancam dan mampu milik, dan akhirnya jenama ini telah berada di Malaysia dengan kilang pemasangan CKD di Rawang, Selangor. Salah satu model yang telah menarik perhatian dan mula popular di kalangan penunggang muda Malaysia yang mahukan kuasa, gaya dan harga berpatutan ialah Benelli TnT 600, di kenali sebagai BN600 di pasaran Eropah dan Australia. 

Benelli TnT 600

Di kuasakan enjin 4 silinder sebaris, DOHC 16 injap dengan sistem suntikan elektronik dan 4 badan pendikit 38 mm dengan sistem sejukan cecair yang inovatif, menghasilkan 82 hp ( 60 kW) @ 11,500 rpm dan 52 Nm rpm @10.500 rpm. Ini adalah angka yang agak memberangsangkan pada sebuah nakedbike kelas pertengahan.

Benelli TnT 600

Rangka TnT di perbuat daripada besi keluli trelis dengan gabungan aluminium aloi juga pada swingarm belakang. Sistem gantungan hadapan adalah fork terbalik 50mm dan swingarm belakang  aloi aluminium dengan sistem monoshock yang boleh di laras untuk keselesaan penunggang. 

Benelli TnT 600

Sistem brek berkualiti tinggi dengan cakera hadapan 320 mm berkembar terapung monobloc dan cakera tunggal  belakang 240 mm dengan angkup omboh berganda. Dengan rim aloi aluminium 17inci dengan saiz tayar 120/70 dan 180/55, memastikan keselamatan walaupun dalam situasi yang sukar, dan tangki penuh petrol 15L.

Benelli TnT 600

Benelli TnT 600 di datangkan dalam warna hitam dan merah, dan telah mula membentuk kelompok peminat sendiri di Malaysia. Pada harga mampu milik sekitar RM30.000, ini adalah nakedbike yang harus ada dalam senarai pilihan anda.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

8 comments

Memang x dinafikan cukup bertenage dn senang dikendalikan, dlm bandar mcm bwk lc je baru seminggu sy memilikinya, mudah nk serasikan, bab power atau kuase jgn main2, pulas je trotal mengaum mcm puma, dlm gear6 dari 70 km boleh meluncur terus tampa menukar gear, tp maseh takut bile mengmbil selekoh tajam, takut silap dok kt hospital, jd kepada pemilik baru lain, waspada bila pulas trotal, sedikit masaalah sekrang side miror begegar dn masaalah elektrikal, dealer x mampu buat, mcm mne nk report

side mirror dia atas handle. kena modified letak at fairing.

Nak tanya otai2 moto ni ok ke..dgr cepat pnas..

harga murah tapi power ke tork nya????kau ado???...buatan china??

Benelli TnT antara naked bike paling murah dan berkuasa, kawan admin cakap, jika updgrade sistem ekzos dan buat dyno, horse power n topspeed boleh cecah 280kmj!


EmoticonEmoticon