Moto Guzzi V7 Racer - Lagenda Juara Masa Silam

Moto Guzzi V7 Racer

Moto Guzzi, jenama Itali yang cukup gah reputasi sebagai pembuat motorsikal lumba dan jalanan yang telah bertahan lebih dari 90 tahun. Kini jenama lagenda ini telah berada di Malaysia dengan salah satu model yang di bawa masuk iaitu Moto Guzzi V7 Racer 2013.

Moto Guzzi V7 Racer

Merupakan inspirasi dari motosikal cafe racer tahun 1950-an dan 1960-an. Generasi V7 baru di lengkapi dengan enjin 750cc, V-Twin 90° sejukan udara yang meghasilkan 50hp @ 6200 rpm dan 58 Nm tork pada 5000 rpm. Enjin ini di gabungkan dengan kotak gear lima kelajuan licin dan tangki petrol baru 22 liter yang memastikan motosikal boleh di tunggang pada jarak yang lebih jauh.

Moto Guzzi V7 Racer

Walaupun enjin masih mengekalkan konfigurasi 90° V-Twin klasik, enjin baru ini mempunyai lebih daripada 70% komponen baru. Selepas di naik taraf, enjin menyediakan tork dan kuasa yang lebih besar walaupun pada RPMs rendah, dan juga lebih cekap.

Moto Guzzi V7 Racer

Selain daripada enjin yang di pertingkatkan, gaya luaran Moto Guzzi V7 Racer 2013 juga telah di pertingkatkan. Pengubahsuaian yang paling penting adalah tangki petrol krom baru yang di gayakan dengan tali kulit istimewa, pelana tempat duduk tunggal dengan kowling belakang aerodinamik dan plat nombor lumba gaya 70-an.

Moto Guzzi V7 Racer

Hadir dengan varian V7 Stone, V7 Classic dan V7 Special pada tag harga sekitar RM70,000. Mungkin ini masa untuk anda pertimbangkan angan-angan menjadi pelumba cafe 60an... dan tidak di lupakan, jentera yang bagus dan istimewa sentiasa terhad...

Moto Guzzi V7 Racer

Source & Image, Credit to : motoguzzi.it

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon