Suzuki GSX-R 1300R Hayabusa 2014 - Ikon Superbike Dunia

Suzuki GSX-R 1300R Hayabusa 2014 - Ikon Superbike Dunia

Suzuki GSX-R 1300R Hayabusa 2014 - Ikon Superbike Dunia. Lebih sedekad yang lalu, penemuan seorang Jurutera muda Suzuki dengan seekor Helang yang melintasi laju di hadapannya di sebuah hutan Jepun, telah memberikanya ilham mencipta mesin yang begitu unik dan serta-merta menarik ramai pengikut setia tersendiri di seluruh dunia. Seperti namanya, Helang Hayabusa mampu untuk terbang selaju 300km/j pada masa tertentu! begitulah juga Suzuki GXR-R Hayabusa 2014 baru tetap kekal dengan kemampuan aerodinamik dan prestasi enjin yang luarbiasa.

Suzuki GSX-R 1300R Hayabusa 2014 - Ikon Superbike Dunia


Di gerakkan enjin in-line 4-cylinder fuel injected 1340cc, DOHC, sejukan cecair, 16 injap dengan sistem Twin Swirl Combustion Chambers ( TSCC ), mampu menghasilkan kuasa maksimum 173 kuasa kuda dan 104nm tork. Kuasa ini adalah lebih daripada cukup untuk menggerakkan anda hingga 60 mph dalam masa hanya 2.5 saat. Kelajuan maksimum mampu di capai sehingga 186 mph jika anda cukup berhati kering...

Suzuki GSX-R 1300R Hayabusa 2014 - Ikon Superbike Dunia

Untuk model  2014, Suzuki GXR-R Hayabusa baru di lengkapi dengan sistem brek Brembo kaliper monobloc dengan sistem ABS berprestasi tinggi. Merupakan ciri keselamatan utama yang perlu ada pada sebuah hyperbike berprestasi tinggi. Melalui kehalusan kejuruteraan dari reka bentuk asal, semangat Hayabusa kekal bertahan. Prestasi yang tiada tandingan yang memberikan keronokkan dan perjalanan yang sporty pada sebarang kelajuan, menetapkan standart yang tinggi bagi pesaing dalam menentukan terbaik dalam kategori Ultimate Sport Bike”.

Suzuki GSX-R 1300R Hayabusa 2014 - Ikon Superbike Dunia

Gaya radikal asal juga mencerminkan semangat mereka yang memiliki Hayabusa. Kuasa yang sensasi , kelajuan, perjalanan lancar dan aura mempesona pada yang melihat. Oleh kerana itu Suzuki GSX-R Hayabusa akan kekal sebagai Ultimate Sport Bike di dunia.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon