Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014 Di Rasmikan - The Colours Of Life

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ( HLYM ) secara rasmi telah memperkenalkan edisi terbaru moped automatik 2014, iaitu Yamaha Ego S115 dengan sistem suntikan bahan api YMJET-FI.

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Yamaha Ego S115 hadir gaya baru yang lebih canggih dengan konsep reka bentuk badan lebih padat dan aerodinamik, rekaan set unit lampu hadapan dan ekor yang agresif serta dengan 4 pilihan warna baru.

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Prestasi Yamaha Ego S115 telah di pertingkatkan dengan sistem suntikan bahan api YMJET-FI yang di bangunkan khas untuk enjin automatik Yamaha menghasilkan kuasa 8.02hp, 5.98kW / 8,000rpm memastikan pecutan enjin kuat dan lancar, pada masa yang sama pengunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Menurut Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, Encik CH Ng, dalam ucapannya  "Model Yamaha Ego S115 baru mempunyai lampu depan besar baru, gabungan lampu signal dan belakang yang mematuhi kehendak PBB-ECE bagi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan cerah pada waktu malam. Ciri utama adalah sistem suntikan bahan api YMJET-FI yang telah di bangunkan oleh Yamaha Motor Sdn Bhd Jepun untuk semua model automatik ".

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Tambah Mr.CH Ng lagi "Kempen The Colours of Life telah di guna pakai untuk semua model baru Yamaha Ego S115 kerana kami merasakan bahawa, warna boleh mencerminkan emosi dan aspirasi yang berbeza setiap orang dan semua warna baru Yamaha Ego S115 sesuai dengan gaya hidup pengguna moped automatik yang berbeza warna warninya ".

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Dengan harga asas sekitar RM4,918, Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014 boleh di dapati di rangkaian kedai motorsikal berhampiran anda.

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Yamaha Ego S115 YMJET-F1 2014

Kredit Imej Kepada : wemotor.com

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

antara scooter terbaik dalam kelasnya dan di pasaran


EmoticonEmoticon