Yamaha FJR 1300ES 2014 - Sarat Dengan Kecanggihan Elektronik Pintar

Yamaha FJR 1300ES 2014 - Sarat Dengan Kecanggihan Elektronik Pintar

Yamaha bertindak balas dengan cukup baik dalam persaingan kelas Sport-Tourer, mempertaruhkan Yamaha FJR 1300ES baru, usaha Yamaha bersaing dengan Kawasaki ZX1000SX sememangnya serius. Dikuasakan enjin 1298cc dengan tangki petrol 6.6gelen, nyata menjadikan FJR baru sesuai untuk jarak perjalanan yang jauh.

Yamaha FJR 1300ES 2014 - Sarat Dengan Kecanggihan Elektronik Pintar

Dengan ketinggian tempat duduk penunggang dan bar hendal yang boleh di laras, ciri ini memastikan keselesaan untuk penunggang yang berbeza saiz fizikal.

Yamaha FJR 1300ES 2014 - Sarat Dengan Kecanggihan Elektronik Pintar

Sarat dengan kawalan elektronik pintar seperti Ride-By-Wire System, Multi-Map D Mode System, Cruise Control System, Traction Control System, brek sistem ABS, Electronic Adjustable Windscreen dan komponen terpenting model 2014 adalah sistem suspensi boleh laras kawalan elektronik yang mempunyai 4 tetapan pelarasan preload, 3 level pelarasan damping untuk setiap tetapan preload spring.

Yamaha FJR 1300ES 2014 - Sarat Dengan Kecanggihan Elektronik Pintar
Dengan warna marron yang cukup menyerlah, FJR 1300ES 2014 telah mula dalam produksi ketika ini. Source & Image, Credit to : Faster and Faster

I'm Big Fan Of Motorcycles

7 comments

Sudah survey di Malaysia bila kah FJR1300 ES mula di jual di Malaysia?

Mungkin ada beberapa pengeksport yang bawa masuk model ni, cuba saudara walkin di Naza

Roger nanti sya survey dgn Naza

sudah masuk d Malaysia sebutir.. yamaha fjr 1300 ES ( candy Red colour) with electronic suspension.. sudah di pinang.. insyaAllah akad nikah lepas Raya

wow, tahniah bro, paling penting pandu cermat jiwa selamat, ingat orang yang tersayang.

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon