Yamaha MT-09 2014 - Nakedbike 3 Silinder Yamaha

Yamaha MT-09 2014

Permulaan era baru Yamaha! Ketika pengeluar lain memperkemaskan model sedia ada untuk pasaran 2014, Yamaha menampilkan standart baru konfigurasi enjin 3 silinder dalam membezakan dan mengharungi pasaran motorsikal enjin 4 silinder. Yamaha FZ-09 2014 adalah motorsikal pertama dari penjenamaan semula Yamaha dalam barisan model-model terbaru Yamaha 2014 dengan enjin 3 silinder.

Yamaha MT-09 2014

Sudah tentu nadi utama FZ-09 ini di kuasakan enjin 3 silinder sebaris 847cc, sejukan cecair ini mampu menghasilkan 113hp pada casis aluminium yang serba baru, dengan sistem suntikan bahanapi yang menggunakan corong pengambilan boleh-ubah terbaru Yamaha, FZ-09 menjanjikan tindak balas pendikit yang lebih linear, serta kuasa yang lebih baik dalam julat yang rendah dan pertengahan rev. Kawalan pendikit di kendalikan oleh sistem YCC-T Ride-By-Wire Yamaha, juga di lengkapi dengan sistem pemetaan pendikit D-Mode Yamaha, FZ-09 membolehkan penunggang untuk memilih sistem pemetaan sesuai dengan gaya tunggangan sendiri.

Yamaha MT-09 2014

FZ-09 di lengkapi dengan brek kaliper 4 omboh  dengan cakera 298mm hadapan dan kaliper dua omboh dengan cakera 245mm di belakang, di tambah sistem suspensi fork hadapan USD 41mm yang boleh di laras pramuat dan prabeban, FZ-09 menjanjikan tunggangan yang berorientasikan sporty.

Yamaha MT-09 2014

Dengan gaya estetika tersendiri, FZ-09 seolah-olah model yang di hasilkan dari Itali untuk Jepun, Inilah Yamaha, meraka akan sentiasa hadir dengan standart baru yang di ikuti oleh lawannya. Mungkinkah Yamaha R1 dan R6 3 silinder bakal jadi kenyataan?... Source & Image, Credit to : Yamaha & asphaltandrubber

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

Yamaha MT-09 2014

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon