Yamaha YZF-R6 2014 Supersports 600cc Terbaik Dunia?

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Bukan lagi rahsia, Yamaha YZF-R6 adalah antara motorsikal kelas supersports 600cc terbaik dunia pernah di hasilkan. Dengan keupayaan di jalanan dan kejayaan hebat di litar berbanding model-model saingan seperti Honda CBR600, Kawasaki Ninja ZX-6R serta jauh meninggalkan Suzuki GSX-R 600 di belakang.

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Dengan model baru 2014, YZF-R6 kekal mendapat tempat di kalangan peminat motorsikal kelas 600cc. Malangnya tiada peningkatan teknologi baru bagi tahun model 2014, tetapi ini bukanlah berita buruk kerana YZF-R6 kekal hebat dengan pakej sedia ada untuk terus kekal dominon.

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Di kuasakan enjin 4 silinder sebaris DOHC, 16 injap titanium, sejukan cecair. Dengan ciri-ciri seperti pendikit yang di kawal dengan chip-controlled intake, 2 penyuntik bahan api setiap silinder dan sistem slipper klac. Casis adalah Deltabox dari aluminium dan subframe dari magnesium yang di reka teliti, menawarkan kompromi yang sempurna di antara elemen ringan dan kekuatan.

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Untuk mendapatkan kualiti tinggi dari segi pemanduan dan pengendalian, sistem suspensi YZF-R6 turut di perkemaskan, dengan suspensi depan dan belakang mempunyai 4 laras preload, 4 laras high-speed compression, 4 laras low-speed compression dan 4 laras rebound damping, untuk lebih keselesaan dan kawalan lebih lincah di selekoh. Yamaha YZF-R6 2014 bersedia untuk menarik perhatian dengan pengalaman menunggang yang unik. Anda bersetuju Yamaha YZF-R6 terbaik di dunia? Sumber : Faster and Faster

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

Yamaha YZF-R6 2014 Supersports

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

moto idaman kalbu ni

Idaman ramai bro, tapi harga agak mengecewakan sikit hehe


EmoticonEmoticon