Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Model sports tourer terbaik pernah di hasilkan? VFR 800F baru hadir dengan pakej terbaik pada 2014. Model bergaya dengan persembahan kuasa hebat dari enjin V4 yang berkuasa. Inilah keselesaan mutlak pada Honda dari kesinambungan model terdahulu.

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

VFR800F baru dengan tetap mempunyai karisma hebat seperti lagenda model terdahulu, di kuasakan enjin V4 baru dengan sistem VVT ( Variable Valve Timing ) dan TCS ( Traction Control System ), kuasa yang terhambur dari enjin 782 cc itu di salurkan melalui sistem ekzos 4 in 1 menghasilkan 106 kuasa kuda di samping menjadikan VFR 800F baru lebih mudah di kendalikan dan ekonomikal. 

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

VFR800F baru 10 pound lebih ringan dari model terdahulu. Casis moden dengan swingarm Pro-Arm dan fork hadapan teleskopik 43mm mempunyai sistem spring preload dan rebound damping boleh di laras mengikut kesesuaian, menjadikan ciri pengendalian VFR lebih sporty dan sistem brek ABS untuk pengendalian yang lebih selamat dalam apa jua situasi jalanraya dan cuaca.

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

VFR800F menawarkan tempat duduk yang boleh di laras hingga tahap 20 milimeter dan heated grips sebagai alatan standard, yang boleh di sesuaikan dalam lima peringkat. Lampu depan dan belakang adalah dari teknologi LED dan ruangan kokpit cukup tersedia dengan informasi digital dari meter kelajuan, takometer, paras bahan api, dan suhu penyejuk. Honda VFR 800F baru sememangnya mesin sporty dengan keseronokkan dan keselesaan dua kali ganda dari kebiasaan. Sumber

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

Honda VFR 800F 2014 - Mesin Atlit Bergaya Honda

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

Mungkin VFR terbaik.....amat menarik! Bila agaknya sampai ke Malaysia ?

Model ni maybe dah ada yang di import, cuba bro walkin ke Naza


EmoticonEmoticon