KTM Duke 200 Non ABS 2014 Di Lancarkan - Kualiti Hebat, Harga Kompetitif


KTM Malaysia telah melancarkan model KTM Duke 200 2014, namun tanpa sistem ABS ( Air Brake System ) yang telah di pasang pada model Duke 200 sebelum ini. Duke 200 di kuasakan enjin 1 silinder 199.5cc 4 lejang sejukan cecair, mampu menghasilkan kuasa maksimum 25bhp pada 10,000rpm dan kuasa tork 19.2Nm pada 8000rpm.



Casis jenis Steel Trellis Frame yang di pasang cukup ringan dan kukuh untuk menghasilkan nisbah berat dan kuasa yang lebih baik dengan berat kering Duke 200 hanya 129.50kg, angka yang lebih baik dari pesaing sekelas seperti Kawasaki. Brek masih kekal dengan sistem kaliper 4-piston dengan cakera 300mm depan dan kaliper 1-piston dengan cakera 230mm.


Tanpa ABS, Duke 200 masih mampu berhenti dengan cukup kemas dan selamat, namun kemahiran dan kecekapan individu adalah penyumbang terbaik untuk keselamatan tunggangan anda. Di jual pada harga asas sekitar RM 15,888. Ini adalah harga yang cukup bernilai pada sebuah jenama dan produk berkualiti.


Source & Image, Credit to : Malaysian Rider 

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon