MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif


Memetik dari laporan MotoBlog.itseorang pembaca telah menunjukkan beberapa foto MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 yang sedang dalam ujian di jalan raya, setelah foto pertama dan teaser video telah tersebar di internet beberapa minggu lalu, dengan khabar angin menyatakan model baru ini di lengkapi sistem turbo namun ianya tidak seperti yang di gembar gemburkan.


MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif


Dragster 800 di lihat tetap mewarisi sifat agresif Brutale 800 dengan sebahagian enjin dan casis dari model yang sama tetapi dengan sifat lebih mudah di kendalikan. Di lengkapi enjin 3 silinder 800cc sama seperti model Brutale 800 dan Rivale 800, enjin 3 silinder itu menghasilkan 125hp pada 11,600rpm dan kuasa tork min/max 81Nm pada 8,600rpm. Cukup berkuasa dan buas untuk Dragster sekecil ini.

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

Kuasa kuat yang terhasil dari enjin agresif itu di jinakkan dengan sistem kawalan MVICS ( Motor & Vehicle Integrated Control System ) yang memberikan kawalan jentera dan enjin lebih terperinci. Sistem ini berfungsi mengabungkan pengurusan enjin 3 silinder dan kawalan cengkaman untuk lebih prestasi dan keselamatan.

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

Turut di lengkapi dengan sistem kawalan elektronik badan pendikit penuh Ride-By-Wire dengan sistem pemetaan suntikan dan pencucuhan yang mengoptimumkan campuran bahan api dan udara pada setiap kelajuan enjin, memaksimumkan setiap kuasa enjin dengan kawalan penuh pada penunggang. 

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 di lihat seakan bayangan pencabar kepada Yamaha MT-09 dalam kelas 3 silinder. Menawarkan kuasa setaraf dengan gaya radikal tersendiri yang menjadi identiti MV Agusta ( lihat gabungan lampu brek utama dan signal di bahagian ekor belakang ), pasti ramai yang tidak sabar model ini di lancarkan secara rasmi, hanya persoalan adakah harga eksklusif seperti seperti jenamanya... sama-sama kita nantikan model ini.

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

MV Agusta Dragster 800 ABS 2014 Preview - Kompak Dan Agresif

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon