Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

Tahun 2013 menyaksikan kebangkitan mendadak segmen motosikal custom dan model cafe racer yang mula mendapat perhatian dan pengiktirafan dari peminat permotoran sedunia. Pengeluar utama dunia seperti Yamaha Eropah dan BMW mula berkerjasama rapat dengan pembina hebat seperti Deus,Blitz dan Roland Sands untuk turut bermain dalam segmen ini. Berikut adalah top 10 motosikal custom terbaik 2013 yang di senaraikan oleh website motorsikal custom terkemuka iaitu bikeexif.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

1. Honda CB Cafe Racer oleh Classified Moto ( atas ). Untuk kali kedua berturut-turut, motorsikal custom milik Moto Classified kekal di teratas. John Ryland mencipta 'Superstrada' tersendiri dengan mengabungkan Honda CB750F 1980 Super Sport, fork hadapan Yamaha YZF-R6 dan single sided Ducati swingarm. Seolah tiada yang salah pada nilai estetika motor ini.


2. Ducati Monster 1100 oleh JvB-Moto ( atas ). Sepuluh tahun lalu, Jens vom Brauck memenangi Ducati’s International Design Contest dengan model konsep retro-futuristik yang di kenali sebagai 'Flat Red.' Beliau kini merupakan pembina yang cukup ternama dengan rentetan mesin yang di ketengahkan. Pada festival Glemseck 101 di Jerman, sekali lagi Jens mendedahkan model Flat Red II.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

3. Ducati 900 oleh Walt Siegl ( atas ). Kesenian tidak datang pada tag harga yang murah. Walt Siegl telah mengambil langkah yang besar untuk membetulkan ketidakseimbangan pada Leggero siri baru beliau, ini adalah mesin keluaran terhad berdasarkan model Ducati 2 injap 900cc.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

4. Honda CX500 oleh Mateusz Stankiewicz ( atas ). CX500 adalah motorsikal yang sukar di bina namun boleh di percayai, dan masih murah di pasaran terpakai. Model dari 1982 ini di bina oleh seorang jurugambar Warsaw dan garage Eastern Spirit, merupakan kejutan 2013.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

5. Yamaha SR500 oleh Analog Motorcycles ( atas ). Tony Prust telah membina motorsikal custom kelas pertengahan dengan cukup elegan. Yamaha SR500 1979 ini adalah mesin untuk tunggangan santai pada malam hujung minggu, dengan tempat duduk dua orang yang cukup besar dan selesa.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

6. Kawasaki W650 oleh Skuddesign ( atas ). Nicolas Barthelemy telah menggabungkan elemen drop-dead gorgeous looks dan praktikal yang sememangnya sesuai untuk Kawasaki ini. "Saya mahu mencantumkan nilai estetik, brat style dan street tracker untuk mewujudkan sebuah motosikal yang sepadan dengan dunia saya," kata beliau.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

7. Moto Guzzi V50 oleh Rno Cycles ( atas ). Kebiasaan Moto Guzzi di bina dalam gaya 'klasik' cafe racer, warna kusam dan logam yang terdedah. Menarik untuk di lihat seseorang yang melakukan pendekatan yang bertentangan dari kebiasaan Moto Guzzi. Model V50 ini di panggil 'Opal' dan berasal dari Arno Overweel Belanda.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

8. Harley dual sport oleh Carducci ( atas ). Sportster Harley dual sport bike? kedengaran mustahil, tetapi jurutera Jim Carducci seolah telah membina Harley baru, dengan kuasa tork yang baik di tambah roda belakang saiz 8 inci dan 10 inci di hadapan, ia berfungsi dengan baik sebenarnya.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

9. Triumph Bonneville oleh MeanMachines ( atas ).Triumph Bonneville ini kelihatan hebat dengn dua tayar besar hasil kerja dari MeanMachines, sebuah kedai dari Australia yang bukan asing kepada pemilik Bonnevilles dan Thruxtons tempatan. Wenley Ng telah mengubah 'klasik moden' Triumph bertahun-tahun lamanya, tetapi pemasangan tayar bersaiz 200 ke atas tetap merupakan cabaran getir.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

10. BMW R100RT oleh Bill Costello ( atas ). Bill mencipta nama dengan model custom R50 yang menjadi tumpuan komuniti BMW di Jerman, untuk menjadikan model ini logik kegunaan harian, Bill mengurangkan berat dari 525 lbs kepada 430lbs.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon