Vilner Ducati Diavel AMG - Antara Kuasa Dan Gaya



Vilner, merupakan syarikat penalaan automotif terkenal dari Bulgaria, dengan reputasi hebat sebagai tuner penambah gaya kenderaan eksotik mahupun biasa. Vilner menyeimbangkan antara gaya elegan dan eksotik di samping prestasi kenderaan lebih mantap yang telah menjadi identiti Vilner tersendiri.


Hasrat seorang pelanggan yang memiliki Ducati Diavel AMG, yang mahukan versi Diavel miliknya adalah satu-satunya paling mahal di dunia adalah cabaran besar bagi kakitangan studio Vilner. Memandangkan Diavel ini telah di tala dengan cukup bagus oleh AMG, hanya usaha keras dengan tanggungjawab yang besar mampu menyempurnakan Ducati Diavel AMG versi Vilver.


Empat bulan tiga minggu, masa yang di ambil untuk kerja mereka bentuk Diavel AMG di muktamadkan sebelum proses ubahsuai di jalankan. Kontras warna hitam Diavel dengan warna putih mutiara di gunakan pada rangka tiub Diavel mengekalkan pandangan yang suram dan garang namun lebih bergaya.


Radiator telah di pasang dengan saluran udara yang baru, potongan tali kulit hitam dan jahitan putih berbeza. memberikan pandangan yang lebih unik daripada bahagian depan Diavel. Bahagian ekor juga di ubahsuai dengn lebih kecil untuk memberikan gaya yang lebih ringan pada belakang Diavel, dengan menambah unsur-unsur putih di sekitar lampu belakang.


Kekal dengan roda AMG yang hebat, dengan tempat duduk sulaman timbul daripada Alcantara dan ekzos sports dari AMG, enjin 1198cc ini menghasilkan bunyi yang telah menjadi trademark Ducati tersendiri. Bagi yang berkemampuan, Vilner membuktikan nilai estetika lebih bernilai dari nilai wang yang di laburkan pada tag kualiti dan sentuhan bergaya.









Source & Image, Credit to : Vilner FB

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon