Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?


Yamaha MT-09 mungkin bakal menemui para peminat permotoran di Malaysia, apabila Hong Leong Yamaha Malaysia di jangka akan membawa masuk model Yamaha MT-09 dengan pemasangan secara CKD pada mulai tahun ini 2014, seperti yang di sahkan oleh sumber terdekat dari pihak HLYM sendiri.

Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Yamaha MT-09 adalah model sport bike dengan konsep rekabentuk keseluruhanya adalah terbaru dari Yamaha. Merangkumi  enjin 3 silinder baru 850cc dengan teknologi crossplane menghasilkan kuasa 115hp pada rekaan casis baru yang padat, ringan dan ramping.

Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Menjadikan MT-09 lebih ringan dan kompak dalam kategori kelas 800cc dengan berat keseluruhan hanya 188kg, di samping pengendalian yang lebih cemerlang dengan bantuan sistem kawalan elektronik pintar D-Mode dan YCC-T.

Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Perbandingan di antara faktor nisbah kuasa kuda dan berat di antara saingan sekelas seperti Triumph Street Triple 675 yang mengunakan enjin 3 silinder 675cc (105hp @ 183kg)  dan Kawasaki Z800 yang mengunakan enjin 4 silinder 800cc (113hp @ 229kg).


Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Yamaha MT-09 nyata memberi angka yang lebih baik pada tag harga kemungkinan sekitar RM 45,000 ke atas yang di lihat cukup ideal dalam situasi persaingan pasaran semasa, berbanding dengan saingan sekelas Triumph Street Triple CBU yang di jual pada harga RM59,000 dan Kawasaki Z800 CKD sekitar RM47,000 yang menjadi pilihan peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia atas faktor gaya, berkuasa, mudah di selenggara dan mampu di miliki.

Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Dengan pasaran motorsikal berkuasa tinggi semakin berkembang di Malaysia. Satu langkah bijak jika Yamaha membawa masuk model serba baru ini ke pasaran. Dengan faktor reka bentuk elegan, mudah selenggara, berkuasa, kompak dan di jual pada harga yang lebih kompetitif dan mampu milik sekitar RM 45,000 ke atas.

Yamaha Malaysia Bakal Melancarkan Yamaha MT-09 2014 CKD? - Harga Asas RM 45,000?

Yamaha MT-09 di jangka akan menjadi trend terbaru di kalangan peminat motorsikal di seluruh dunia dan juga Malaysia yang begitu dahagakan rekaan dan teknologi terbaru Yamaha. 

I'm Big Fan Of Motorcycles

17 comments

phew pheet!!.. ni lebih cantik dari Z800.. 3 silender lebih syiok pengendalian dari 4 silinder.. HLYM.. cepat bawa motor ni ke Malaysia.. TK..

Penantian itu adalah satu penyiksaan...
Plz wat masuk laju2.... arghhh...

Nasrul Hafez dan Starbucks Junkie, already cbu di Malaysia sekarang

Dah keluar.. harga nya RM68,900 , cuba tengok FB Ah Hong motorsports.

Ye memang Ah Hong dah bawa masuk tapi model CBU

kalau tak bawak tahun ini mesti market yamaha turun..
sebab next year gst..

HLYM maybe akan lancarkan dalam tahun ni juga, cuma detail belum di sahkan

Dgr cerita moto ni launch 25 jun, rabu ni

yea haa

Maaf admin....mau bertanya sikit...ble R25 nk launch kt Malaysia...

mahal bro... dah la tak cantek.. hudohhh...


EmoticonEmoticon