Kawasaki Ninja ZX 150RR Special Edition 2014 - Model 2 Lejang Terakhir Kawasaki


Kawasaki Ninja ZX 150RR antara produksi motorsikal 2 lejang paling suksess dari Kawasaki pernah di hasilkan di Indonesia. Dengan versi facelift pertama 2003 yang di perkenalkan di Indonesia dan Malaysia sebelum ini kekal bertahan dominan dan popular dalam kategori sports 2 lejang 150cc.


Versi facelift kedua pada 2012 telah di perkenalkan di Indonesia dengan rekabentuk bergaya moden dan lebih aerodinamik mendapat sambutan hebat para peminat permotoran di sana dengan Ninja ZX 150RR mengekalkan ciri-ciri hebat sebelum ini dari segi kestabilan pengendalian, berkuasa, ringan dan ekonomikal.


Enjin 2 lejang 150cc sejukan cecair, sistem Super KIPS dengan transmisi 6 kelajuan ini mampu menghasilkan 21hp/ 11,000rpm dan 20nm/ 9,000rpm pada berat kering hanya 134kg, menjadikan Kawasaki Ninja ZX 150RR antara mesin sports 2 lejang yang berkuasa di samping penjimatan ekonomi dari model saingan sekelas 150cc.


Sebagai mengakhiri legasi hebat Kawasaki Ninja ZX 150RR, Kawasaki Indonesia telah mengeluarkan model Kawasaki Ninja ZX 150RR Special Edition 2014 sebagai model terakhir yang akan di tamatkan pengeluaran, dengan model terbaru di lancarkan, Kawasaki Ninja 250 SL  akan menjadi penganti tulen kepada Ninja ZX 150RR. Mungkin kenyataan model terakhir ini akan berada di Malaysia tahun 2014 ini? Kita semua mengharapkannya. SumberKawasaki.co.id 

I'm Big Fan Of Motorcycles

14 comments

pelik, kenapa model ni xde kt malaysia, kenapa x masuk malaysia, facelift die mmg lawa,

Facelift ni memang lawa, memang rugi la Kawasaki Malaysia tak bawa masuk facelift ni coz Ninja 150rr masih ramai peminat dan boleh jadi faktor untuk kekalkan Ninja dalam pasaran untuk jangka masa yang lagi lama.

laa yeke xde at msia..tapi cina kedai moto tempat aq da amik order utk moto ni..aq un da booking..tpi skunk aq kompius..ado ke x ni choiii

adik.. tak cerita pun tak ada kat malaysia, cuma zx150rr facelift yang cuma baru di malaysia ni adalah model 2 lejang terakhir dari kawasaki, so bukan bermakna motor ni habis terus,kalau u tak habis baca memang u takkan faham.

@Adi arena .. Means model ni memang ada di pasaran Malaysia ??

sekarang dah ada, tapi masa artikal ni publish model zx dengan facelift baru ni belum masuk malaysia, ada yang dah pakai, so boleh gi ke mana cawangan kawa terdekat untuk lebih maklumat

tak pernah nampak pun motor ni @adiArena

basic model casis, enjin sama cuma facelift je lain, ada yang import facelift ni dari indon, so cuba2 la usha dalam kawasaki zx group di fb ataupun tanya pada cawangan kawa terdekat untuk lebih pengesahan

Tumpang tanya . Berapa harga moto nie ?

model ni mmg xda masuk Malaysia, yg ada pn model zx tapi tukar coverset, sal ada org bwa masuk coverset ni dr indon n jual kt Malaysia, ramai dh pasang coverset ni, xlah plug and play trus, ada bbrapa bracket perlu d psang.. tp mmg sayang model ni xmasuk n kekal d Malaysia, for info keluaran Kawasaki kips ni dh stop kt Malaysia,

yup, mmg lawa n masi ramai peminat nya, tapi sayang, 2stroke dh stop d keluarkan d Malaysia ni.

klu ada berjual d kedai, itu pn stock lama kedai tu dan harga xsama sperti dlu, skarang hrga tuk zx ni yg unregister bleh cecah 15k

rm 16,000 cash

bro, mete dia ringan ke macam RR lama?? tumpang tanya


EmoticonEmoticon