Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Perlumbaan Superbike 1000cc

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014. Malaysia julung kalinya tersenarai dalam kalendar perlumbaan Superbike Dunia apabila akan menganjurkan perlumbaan pusingan ke 6 kejohanan Superbike Dunia di Litar Antarabangsa Sepang pada 6-8 Jun tahun 2014 ini. Kejohanan yang mempunyai 14 pusingan itu akan membuka tirai di Philips Island, Australia pada Ahad ini.


Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Persaingan hebat dari pengeluar ternama dunia

Kejohanan yang setaraf dengan perlumbaan Formula 1 dan MotoGP ini menampilkan pusingan perlumbaan lebih banyak dengan pembabitan lebih banyak syarikat permotoran seperti Kawasaki, Honda, Suzuki, Ducati, Aprillia, BMW, MV Agusta. Menariknya perlumbaan ini adalah motorsikal yang bersaing adalah versi yang sama di jual pada orang ramai dengan ubahsuai mengikut spesifikasi perlumbaan, berbeza dengan MotoGP yang hanya mengunakan motorsikal khas prototaip perlumbaan yang di hasilkan di kilang pengeluar tapi tidak di jual pada orang ramai.

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Juara bertahan Superbike 2013, Tom Sykes

Selain dari perlumbaan Superbike dan Supersports sebagai acara utama, kelas Superstock 1000 dan Superstock 600 juga di tampilkan sebagai perlumbaan sokongan, dengan format sesi kelayakan pada hari Jumaat, dua sesi kelayakan pada Sabtu dan dua sesi perlumbaan pada hari pertandingan Ahad, kata Pengarah Jabatan dan Komersil WSBK, Marc Saurina.

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Kawasaki ZX10-RR

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran SIC, Edward Lim, pembabitan dalam SBK berikutan minat kukuh rakyat Malaysia terhadap perlumbaan dan kehadiran bakat-bakat besar seperti yang di buktikan pelumba Malaysia dalam MotoGP.

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Perlumbaan Supersports 600cc

Tiket kejohanan sudah mula terjual dan SIC menawarkan promosi awal sehingga 15 April dengan penjimatan RM30, termasuk pakej pembelian istimewa yang menawarkan barangan eksklusif. Tiket serendah RM30 boleh di dapati di tempat duduk berbumbung Hillstand C2, menjadikan antara paling murah untuk perlumbaan taraf dunia.

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Juara bertahan Supersports 600cc, Sam Lowes

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Perlumbaan Superstock 1000

Malaysia Penganjur Perlumbaan Superbike Dunia (SBK) Jun 2014
Perlumbaan Sueprstock 600

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

4 comments

Assalam..boleh saya tahu macam mana nak beli tiket superbike online?
Terima kasih.

snss

Sila layari link di bawah untuk on9 booking

http://www.sepangcircuit.com/Ticketing-@-Buy_Tickets_Online-%C2%BB-eni_FIM_Superbike_World_Championship.aspx

Now you can have a trusted road partner and you"ll never ride alone with BIKERS ASSIST AAM....
BIKERS ASSIST AAM 24 Hours Bike Assistance Program. This Program is available 24 hours,The services under this program are:
During your joy ride, the last thing you want to worry about is getting help when your motorcycle breaks down. That‘s because you can have a trusted road partner in that always arrives first to help.24 Hours breakdown service and free towing service in breakdown zone...
for more infomation pls contact this number 014-2450840 or https://www.facebook.com/pages/AAM-Bikers-Assist/640134766040385


EmoticonEmoticon