Movistar & Racing Boy Taja Yamaha MotoGP Team 2014

Movistar & Racing Boy Taja Yamaha MotoGP Team 2014Movistar & Racing Boy Taja Yamaha MotoGP Team 2014Gergasi telekomunikasi Sepanyol, Movistar bakal menjadi penaja utama pasukan Yamaha MotoGP Factory Team, namun tidak dapat di pastikan samada penajaan ini bermula sebelum musim 2014 atau 2015. Pengarah Telekomunikasi Movistar, Luis Belo berkata syarikat itu akan menaja pasukan Yamaha MotoGP Factory Team seperti yang di laporkan Majalah Permotoran Sepanyol, Salamoto.

Pengumuman ini mengesahkan khabar angin perjanjian antara Yamaha dan Movistar yang dalam rundingan sejak Disember lalu. Yamaha masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perjanjian ini, tetapi hanya menunggu tetapi di jangka dalam masa terdekat.

Sementara itu, Yamaha MotoGP Factory Team dan Racing Boy telah mencapai persetujuan untuk meneruskan kerjasama pada 2014, berikutan permulaan kerjasama yang berjaya pada penghujung musim MotoGP 2013 lalu. Perjanjian itu akan menyaksikan Racing Boy terus menjadi sebuah penaja rasmi kepada pasukan dengan faedah termasuk penglibatan khas aktiviti MotoGP di Asia bermula musim ini.

Movistar & Racing Boy Taja Yamaha MotoGP Team 2014

Untuk ujian kedua MotoGP Sepang yang telah bermula , Grand Prix Motosikal Malaysia , Grand Prix Jepun dan Grand Prix Australia, logo Racing Boy akan dapat di lihat pada motosikal Yamaha YZR-M1 Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon