MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 - Gambar, Specs & Video Rasmi

MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 - Gambar, Specs & Video Rasmi

MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 akhirnya di lancarkan hari ini. Dengan platform estetika rekabentuk dan prestasi Dragster 800, Dragster di lihat seperti olahan semula Brutale 800 dalam versi yang lebih dinamik dan berprestasi tinggi.

MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 - Gambar, Specs & Video Rasmi

Ciri utama pada Dragster 800 ini adalah sistem kawalan cengkaman elektronik 8 peringkat MVICS 2.0 dengan gabungan sistem kawalan pendikit Ride-By-Wire, memberikan kawalan enjin berkuasa lebih lancar dan mudah di kendalikan mengikut kemahuan dan kemampuan penunggang.

MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 - Gambar, Specs & Video Rasmi

Berkongsi model casis yang sama dari Brutale 800, casis di sokong set suspensi Marzocchi di hadapan dengan sistem anti-locking brakes Bosch 9 + yang di gabung dengan kaliper Brembo dan suspensi belakang dari Sachs untuk kawalan tunggangan yang agresif di jalanan. Keseluruhan dari sistem kawalan elektronik dan kawalan suspensi, brek hadir sebagai pakej alatan standart.

MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 - Gambar, Specs & Video Rasmi

Tangki mampu memuatkan petrol sehingga 4.39 gelen, dengan ketinggian Dragster sekitar 31.91 inci, Dragster 800 di lihat lebih kompak dan tidak begitu pendek seperti yang di bayangkan, dan bukan di cipta hanya untuk orang yang tinggi, mudah untuk penunggang yang berbagai ukuran fizikal terutama dari Asia menyesuaikan di atas pelana.

MV Agusta Brutale 800 Dragster 2014 - Gambar, Specs & Video Rasmi

Kemungkinan tag harga jualan MV Agusta Brutale 800 Dragster di Malaysia pasti akan menyaingi MV Agusta Brutale 800 yang di jual sekitar RM 60,000 jika model ini di bawa masuk oleh pengimport. Namun harga pasti bukan keutamaan pada yang berkemampuan jika di nilai dari segi prestasi, prestij dan nilai seni estetika MV Agusta. MV Agusta Brutale 800 Dragster benar-benar bakal membuatkan anda impikanya...

MV Agusta Brutale 800 Dragster Official Video, Song By Metallica

Spesifikasi Teknikal Utama  MV Agusta Dragster 800 2014 :

  • Enjin tiga silinder sebaris 798 cc
  • Bore 79.0 mm, 54.3 mm strok
  • Kuasa Kuda Maksimum 125 HP-EC (92 kW) pada 11,600 rpm
  • Kuasa Tork Maksimum 81 Nm pada 8,600 rpm
  • Had Putaran Enjin pada 13,000 rpm
  • Berat kering 167 kg
  • Nisbah Kuasa-berat 1.34 kg / 1HP
  • Tayar Pirelli DIABLO Rosso II 120/70 - ZR 17 depan, 200/50 - ZR 17 belakang

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon