Preview Khas Yamaha MT-09 Dari Yamaha Malaysia - Bakal Di Pasaran Malaysia Akhir 2014?


Wakil rasmi Yamaha Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd secara rasmi mempertontonkan Yamaha MT-09 kepada seluruh wakil pengedar rasmi Yamaha hari ini, dan mendapat maklum balas yang cukup positif dari tetamu yang hadir dan di beberapa laman sosial yang melaporkan.


Yamaha MT-09 adalah model serba baru dari Yamaha, menerima publisiti dan kritikan membina yang cukup meluas dari peminat permotoran dunia. Model yang di anggap sebagai perintis kepada standard baru Yamaha dalam menampilkan model-model 3 silinder di masa hadapan. HLYM tidak menunggu masa yang lama untuk membawa masuk model ini berikutan maklum balas yang cukup baik di terima dari komuniti permotoran Malaysia.


Walaupun masih tiada pengumuman rasmi tarikh pengeluaran dari oihak HLYM, kemungkinan MT-09 akan berada di pasaran Malaysia selewat akhir tahun 2014 ini dengan tag harga berpatutan. Pasti seluruh komuniti permotoran Malaysia tidak sabar untuk melihat dan memiliki model bersejarah Yamaha ini.








Source & Image, Credit To: 500 Motor

Anda sukakan Big Mac Macdonald?  KLIK DI SINI UNTUK KENALI PERSONALITI DIRI ANDA MELALUI BURGER BIG MAC MACDONALD

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon