Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Triumph Speed ​​Triple R ABS 2014, lagenda permotoran British ini kini di Malaysia, hadir dengan prestasi dan kelajuan selangkah lebih tinggi daripada model sebelum ini. Speed ​​Triple R menampilkan anjakan peningkatan spesifikasi lebih tinggi walaupun model asas sebelum ini sudah di iktiraf antara terbaik pernah di hasilkan.


Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Nadi utama 3 silinder ini kekal dengan sesaran 1050cc, DOHC 12 injap, sejukan cecair yang menjana kuasa maksimum 135PS pada 9400 rpm dan 111NM tork pada 7750 rpm. Semua kuasa ini terkawal di bawah kawalan transmisi gear 6 kelajuan yang memberi penjimatan penggunaan bahan api dalam purata 50 bpg.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Rangka jenis doubled-tube, twin spar. Reka bentuk yang bermula dari model 1997. Di kemaskini dari permulaan model  2011, ia kini menggunakan enjin sebagai komponen sokongan rangka, menjadikan casis lebih keras dan lebih ringan untuk perjalanan yang lebih lancar.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Speed ​​Triple R di lengkapi dengan komponen berprestasi tinggi dari jenama terkenal seperti Ohlins, di bangunkan khusus untuk Triumph dan Speed ​​Triple R, menawarkan pelbagai fungsi di tetapkan untuk kesesuaian perjalanan anda.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Brembo Monobloc baru yang di pasang memberi kuasa berhenti 5% lebih dari Brembo Speed Triple standart. Mampu mengurangkan tekanan melampau di samping maklum balas lebih baik. Selain itu, Triumph Speed ​​Triple R juga di lengkapi dengan aksesori  seperti fly screen, belly pan, seat cowl dan pelindung radiator Diablo Merah.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Triumph Speed ​​Triple R juga di lindungi sistem immobilizer berkod, berfungsi melumpuhkan sistem motorsikal keseluruhan jika percubaan menghidupkan enjin tanpa kemasukkan kod sah yang telah di tetapkan pemilik sebelum ini. Dengan panel instrumen gabungan digital dan analog memberi maklumat jelas mengenai gear change lights, service interval reminder, lap timer, trip computer and fuel gauge, segalanya lengkap yang di perlukan oleh penunggang.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Triumph Speed ​​Triple R, nakedbike tulen dengan kelebihan tunggangan sebenar. Triumph di reka untuk mudah kawalan dan prestasi agresif dalam situasi tunggangan harian. Triumph menetapkan bar rendah, footrests dan seat lebih ke dalam untuk mengekalkan kedudukan fizikal penunggang semasa tunggangan ekstrem.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

Triumph Speed ​​Triple R ABS boleh di miliki pada harga RM88,900 ke atas. Triumph memberi anda jaminan dua tahun dan unlimited mileage warranty ke atas alat ganti sebagai jaminan perkhidmatan selepas jualan. Jenama lagenda British kini mula menjajah kembali Malaysia.

Triumph Speed Triple R ABS 2014 - Lagenda British Kini Di Malaysia

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon