Visit Malaysia 2014 Penaja Bersama Pasukan MotoGP 2014

Logo Rasmi #VMY2014

Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia di lihat serius mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2014) dengan menaja beberapa pasukan yang bertanding dalam MotoGP musim 2014.

Majlis Pelancaran Pasukan Drive M7 Aspar di Sepang

Kolobrasi Tourism Malaysia bersama pasukan yang bertanding dalam MotoGP musim 2014 di lihat sebagai medan terbaik dan cukup ampuh memperkenalkan #VMY2014 di mata dunia dengan reputasi Malaysia sebagai antara penganjur terbaik MotoGP yang mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia.

 Nicky Hayden, dengan suit logo #VMY2014

Antara pasukan MotoGP yang akan memaparkan logo Tourism Malaysia dan Visit Malaysia 2014 adalah pasukan Drive M7 Aspar Team yang di lancarkan secara rasmi pada 25 Feb di Sepang semalam dan pasukan Avant Tecno Husqvarna Ajo Team.

Avant Tecno Husqvarna Ajo Team dengan logo Tourism Malaysia

Dengan tajaan rasmi ini, logo Visit Malaysia 2014 akan tertera di suit pasukan MotoGP Drive M7 Aspar Team dan logo Tourism Malaysia pada jentera Moto3 pasukan Avant Tecno Husqvarna Ajo Team. 

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon