Yamaha MT-07 Street Racer Concept - Mesin Lumba Moden, Gaya Retro 70an

Yamaha MT-07 Street Racer Concept

Asas yang hebat untuk sebuah Yamaha MT-07 Street Racer 70th Concept, menekankan konsep tradisi gaya perlumbaan Continental Circus di Eropah di era 70an dahulu, di mana pelumba persendirian Eropah ketika itu mengenakan suit perlumbaan hitam dan mengelilingi Eropah untuk berlumba di litar yang berbeza setiap hujung minggu.

Yamaha MT-07 Street Racer Concept

Pereka model konsep Itali, Obderdan Bezzi mengambil inspirasi mesin lumba lagenda 70an Yamaha TZ 250/350 yang di gabung pada Yamaha MT-07, mesin pilihan wajib bagi pelumba persendirian Eropah ketika itu sebagai mesin lumba yang cukup teguh, kos penyelenggaraan sederhana dan prestasi yang cukup cemerlang tapi dalam versi Obderdan Bezzi dengan komponen lebih ringan, canggih dan enjin berkuasa dari MT-07 dengan bergaya retro era kegemilangan Yamaha TZ di 70an.

Yamaha MT-07 Street Racer Concept

Sebuah rekaan konsep yang tidak terhad imaginasi, Obderdan Bezzi telah menunjukkan kemampuan Yamaha MT-07 sebagai model Multi-Era Concept, seolah anda mampu pergi dan balik ke masa silam. Tiada yang mustahil, Obderdan Bezzi telah membuktikkan. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon