Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia, Maaf... Yamaha YZF-R125 baru ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia, mengapa dan kenapa? mungkin para peminat permotoran di Malaysia sudah tahu jawapanya, tetapi itu bukanlah penghalang untuk anda mengenal dan menghayati kehebatan model supersports terkecil dalam keluarga Yamaha ini yang cukup popular di Eropah, Amerika Latin dan di Asia Barat.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 baru di bina dengan cukup radikal untuk memberi pengalaman menunggang yang paling menarik dan menyeronokkan di dalam kelas supersport 125cc. Menekankan konsep DNA tulen R-Series, model 2014 di lengkapi dengan kowling depan baru dinamik dengan sistem Ram-Air yang di ilhamkan dari mesin juara WSS 2013, YZF-R6.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Di kuasakan enjin 4 lejang satu silinder 125cc, sejukan cecair dengan ciri kofigurasi lejang yang lebih pendek dan transmisi gear 6 kelajuan memberi pecutan yang lebih responsif. Di lengkapi dengan sistem suntikan bahan api yang sangat berkesan , generasi terkini YZF-R125 memberikan prestasi hebat dengan pengunaan bahan api yang lebih ekonomi.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Penerapan elemen DNA R-Series adalah jelas dengan rekaan kerangka dan lengan ayun adalah dari aluminium amat kuat dan ringan yang memastikan ketepatan pengendalian dan cengkaman yang lebih di yakini. Kerangka belakang di reka semula memberi keselesaan yang lebih semasa menunggang, dengan pedal brek , shift lever dan footrests di perbuat daripada aluminium, spesifikasi yang hebat pada YZF-R125.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

YZF-R125 di lengkapi dengan panel instrumen LCD paling canggih pernah di lihat pada motosikal 125cc . Paparan keseluruhan termasuk speedometer digital dengan tachometer jenis bar, dan reka bentuk yang canggih juga merangkumi data tahap bahan api dan penggunaan bahan api, dan juga jarak perjalanan dan pelbagai meter lain.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Dengan fairing lampu berkembar agresif dan Ram-Air di bahagian tengah, YZF-R125 sememangnya mewarisi sifat tulen R-Series. Di ilhamkan dari kowling generasi baru R6, R125 di rasakan seperti sebuah supersports yang lebih besar dan tulen, dan rekabentuk aerodinamik untuk keseronokan tunggangan maksimum.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Sama seperti jentera lagenda R1 dan juara dunia WSS R6, YZF-R125 kini di lengkapi dengan suspensi hadapan Upside-Down yang menawarkan tahap ketegaran tinggi untuk ciri-ciri pengendalian yang tepat dan lebih responsif. Menekankan warisan perlumbaan R-Series, fender depan mempunyai kemasan karbon, memberikan YZF-R125 gaya seperti sebuah supersports tulen.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Rim di reka baru menggunakan reka bentuk race-bred multi-spoke, memaparkan jejari bentuk Y nipis yang menyumbang pengurangan berat rim secara keseluruhan untuk penggantungan responsif dan pengendalian yang tepat. Dengan saiz tayar 100/80-17 depan dan 130/70-17 tayar belakang, YZF-R125 di bina untuk lebih pantas dan lincah di selekoh.

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 sememangnya mewarisi sifat model perlumbaan Yamaha, enjin berkuasa dan ekonomi dalam kelasnya, ringan dan reka bentuk bergaya yang menjadi identiti Yamaha, agak malang untuk peminat dua roda di Malaysia tidak dapat melihat dan menguji model ini lebih dekat. YZF-R125 mungkin ada peminat tersendiri di Malaysia...

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

Yamaha YZF-R125 2014 - Inspirasi Dari Juara Dunia

I'm Big Fan Of Motorcycles

9 comments

Frust la, apsal la ketat sgt law kt msia ni. Cc kecik camni pun x lps.

xsure samada undang2 ketat atau bis marketing, market malaysia xseluas indo dan thai,so terlalu byk model masuk akan mengecilkan market sesuatu jenis model, maybe tu la depa fikir kot hehe

macam mana kalau kita booking terus dari yamaha di eropah dan pendaftaran menggunakan pendaftran malaysia...boleh masuk ke...sbb kawan saya pernah beli honda CBR 300cc terus dari jepun dn pendaftaran nombor malaysia...

macam mana kalau tempah terus dari eropah...rasa2nya boleh masuk ke tak

Klu motor ney masuk Malaysia.. Abis la.. mesti jadi saingan hebat Yamaha 135LC (12 hp) sedangkan motor ney 125cc ada 15 hp...

Kena ada permit AP, biasanya student luar negara ada kelebihan untuk beli kenderaan di mana tempay mereka belajar untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Mungkin tapi faktor harga juga di pertimbangkan

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon