Kawasaki Z800 E Version 2014 - Lebih Sempurna, Pada Kuasa Yang Meyakinkan


Jika anda baru berjinak dengan motorsikal berkuasa besar, motorsikal kelas middleweight antara pilihan yang baik seperti model terbaru Kawasaki Z800 E Version 2014. Lengkap dengan segala yang di perlukan untuk memberi prestasi terbaik kepada anda dengan persembahan kelas pertama. 

Dari segi gaya Kawasaki Z800 E Version 2014 mempunyai bentuk agresif yang di pasangkan dengan kowling lampu depan yang padat, lampu belakang LED, roda besar dan panel instrumen futuristik yang datang dengan skrin LCD tiga lapis. 

Melompat ke atas Kawasaki Z800 E Version, handlebar yang di reka lebih ergonomik, footpages dan tempat duduk yang di reka serba baru seolah-olah mengalukan kedatangan anda sebagai tuan baru. 

Enjin 4 lejang Inline-4 803cc, sejukan cecair dengan sistem DOHC 16 injap mampu menjana 70.0 kw (95 ps) pada 9,500 rpm dan 76.0 Nm (7.7 kgfm) tork pada 8,000 rpm. Dan semua kuasa ini terkawal dalam sistem transmisi 6-kelajuan. 


Ciri-Ciri Kawasaki Z800 E Version 2014:

• Kowling depan lebih tajam dan agresif
• Panel instrumen jenis digital dengan skrin LCD
• Lampu belakang LED
• Posisi tempat duduk dan tunggangan lebih Natural
• Paip Header Connected baru dan enjin 803cc yang di tala semula untuk lebih kuasa di mid-range
• Pilihan versi ABS dengan prestasi brek yang di pertingkat
• Suspensi hadapan adjustable 41mm 
• Suspensi belakang piggyback dengan takungan minyak
• Rangka baru yang di reka semula 




Bagi anda yang bercita-cita untuk bertukar ke mesin kategori kuasa pertengahan, kini terdapat sesuatu yang benar-benar cemerlang yang ditawarkan dari segi gaya dan spesifikasi seperti yang di tawarkan Z800 E Version. Ini adalah motosikal untuk gaya, kuasa dan keyakinan kawalan kuasa mutlak bagi penunggang baru.

Source & Image, Credit to : topspeed

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

1 comments so far

assalammualaikum.
1. berapa tawaran harga sekarang?
2. bagaimana mengelakkan interest yg tinggi?
3. apakah hide cost yg ada?
4. apakah masalah teknikal yg dihadapi jentera ini?


EmoticonEmoticon