KTM Super Duke R Versi Malaysia Patriot 2014 - Terhad Hanya 10 Unit Di Malaysia

KTM Super Duke R Versi Malaysia Patriot 2014
KTM Malaysia dengan kerjasama KTM Austria telah melancarkan model edisi khas KTM Super Duke R Malaysia Patriot sempena perasmian Perlis Bike Fest 2014 pada 1 Mac lalu, sebagai penghargaan kepada sokongan peminat KTM di Malaysia.

KTM Super Duke R Malaysia Patriot kekal dengan spesc dan komponen Super Duke yang asal, tetapi mendapat sentuhan grafik reka bentuk luaran tema Malaysia Patriot yang di reka secara ekslusif oleh Prinsipal KTM sendiri.

Agak menarik dan ianya satu penghormatan kepada Malaysia memandangkan KTM antara pasaran terbaik model-model seperti 200 Duke dan RC dan kedatangan KTM di pasaran Asea terutamanya telah mengubah landskap pasaran motorsikal tempatan yang sebelum ini lebih tertumpu pada model 150cc ke bawah.

Dan secara tak langsung membuatkan pesaing dari Jepun terpaksa mengubah cara pasaran dengan turut memperkenalkan model 250cc ke atas yang lebih baik dan berdaya saing. Reputasi KTM di dunia perlumbaan juga bukanlah calang-calang kerana KTM menguasai kelas Moto3 di MotoGP yang secara tak langsung menguatkan reputasi KTM di Malaysia.

Terhad hanya 10 unit di pasaran Malaysia, bagi yang berminat anda boleh membuat tempahan pada tag harga permulaan RM130,000 seunit dan penghantaran pertama di jangka pada April  2014. First Come First Serve.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon