Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014 - Edisi Terhad Untuk Pasaran Seluruh Dunia

Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014

Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014 - Edisi Terhad Untuk Pasaran Seluruh Dunia. Suzuki GSX-R1000Z 2014 bukanlah mesin superbike dengan rekaan serba baru dari Suzuki, tetapi merupakan edisi istimewa sempena menyambut pengeluaran ke 1 juta unit sebagai lambang kepada sebahagian daripada sejarah hebat Suzuki.
                                                                                                  
Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014

Sejak di lancarkan pada tahun 1985GSX-R telah mencapai standart kualiti tersendiri dengan menjadi pengukur kepada saingan sekelas dari jenama lain. Bermula dari model pertama 750ccGSX-R berevolusi dalam pelbagai kategori 600cc1100cc dan paling popular sehingga ke hari ini model 1000cc yang menjadi asas kepada model terhad Millionth Edition yang di hiasi logo istimewa GSX-R 1juta. Hanya 1, 985 unit edisi ini di keluarkan di seluruh dunia!

Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014

Suzuki GSX-R1000Z di kuasakan enjin 4 lejang, cecair sejuk, DOHC 999cc dengan transmisi enam kelajuan bersama sistem slipper clutch yang menjana 182.50hp pada 12000rpm dan 116.70Nm tork pada 10000rpm. Lengkap dengan sistem mod pemacu Suzuki 3 pilihan dan sistem ekzos Yoshimura sebagai komponen standart. GSX-R 1000Z menawarkan pengendalian hebat mengikut kesesuaian geografi jalan raya dan ketika berentap di litar.                                                                                                          

Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014

Dengan casis yang lincah, sistem suspensi yang responsif dan kuasa brek yang di pertingkat. Ini adalah GSX-R1000 terbaik pernah di hasilkan. Ianya sebuah mesin yang ringan dan tangkas,di hiasi bentuk yang tajam lagi mengancam dengan tambahan komponen aloi dari Yoshimura yang telah memenangi pelbagai kejuaraan dunia seperti Kejohanan Endurance Sedunia 2012, juga merupakan ilham kepada mesin tebaru MotoGP Suzuki.

Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014

Suzuki GSX-R1000Z akan kekal sebagai mesin ikon dari Suzuki. Keselesaan dan kestabilan mesin ini sememangnya memberi maklum balas yang menjadi inspirasi kepada pemiliknya. Ini adalah superbike dengan teknologi tanpa batasan, mesin yang di isnpirasikan dari pelumba sebenar. Sumber : TopSpeed.

Suzuki GSX-R1000Z Millionth Edition 2014

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon