Suzuki GSX-R750 Yoshimura 2014 - Terhad 100 Unit Di Pasaran Dunia


Suzuki telah melancarkan model eksklusif, Suzuki GSX-R750 Yoshimura 2014 dengan warna gabungan khas merah dan hitam. Terhad hanya 100 unit di hasilkan dan lengkap aksesori penuh unik dari Yoshimura (Yoshimura Accessory Pack) dan juga tambahan aksesori tulen dari Suzuki.


Suzuki GSX-R750 Yoshimura merupakan kombinasi dari elemen kuasa model superbike asal GSX-R750 dengan gabungan elemen pengendalian lincah dan bentuk kompak model supersports GSX-R600. Di kuasakan enjin 4 lejang in-line4 DOHC 16 injap 750cc, sejukan cecair, dengan kuasa terkawal dari transmisi 6 kelajuan.


Antara aksesori lengkap dari Yoshimura :

• Ekzos prestasi Yoshimura R11
• Plug pengisi minyak Yoshimura alloy-bronze
• Case saver kit
• Steering stem nut dan Cap pemeriksaan masa
• Black Yoshimura bar end weights dan paddock stand locators belakang

Selain daripada komponen Yoshimura, aksesori asal Suzuki  :

• Skrin Double Bubble
• Seat cover belakang (Carbon effect khas)
• Tank protector & fuel cap trim

Terhad hanya 100 unit di hasilkan dengan no casis eksklusif. Dengan harganya juga agak eksklusif untuk hasil seni bagi sebuah karya mekanikal dan prestasi terpendamnya, itu adalah harga yang selayaknya di bayar. Suzuki GSX-R750 Yoshimura 2014 is a Art Of The State.











I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments


EmoticonEmoticon