Yamaha XJR1300 2014 Nakedbike Klasik Teknologi Moden

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014 Nakedbike Klasik Teknologi Moden  | Yamaha XJR1300 adalah satu produksi jalanan yang klasik dari Yamaha yang kekal bertahan dan punyai kelompok peminat tersendiri. Di cipta untuk keseronokan dan di warnai untuk tontonan mengagumkan. XJR1300 adalah jentera yang besar, berkuasa besar dengan teknologi terbaik dari Yamaha untuk mendominasi gaya di jalanan. XJR1300 mempunyai semua yang di perlukan untuk menyampaikan satu pengalaman menunggang yang menarik. 

Yamaha XJR1300 2014

Enjin berbentuk klasik yang padat 1251 cc, 4 lejang , 4 silinder, DOHC 16 injap dengan suntikan bahanapi memberi output maksimum 71.9 KW ( 98PS ) pada 8,000 rpm dan 108.4 Nm (11.1 Kg -M) tork pada 6,000 rpm, kuasa yang di lepaskan melalui sistem ekzos EXUP memberi ledakan enjin sejati superbike 4 lejang. Dengan kerangka tiub keluli tegar yang memberi angka berat mesin 245 kg, XJR tetap sempurna dalam kawalan dengan sistem transmisi 5 kelajuan.

Yamaha XJR1300 2014

Sistem suspensi hadapan bersaiz 43 mm dan sistem absorber belakang dari jenama Ohlins memberi maklum balas positif terhadap faktor jalanraya, dengan roda bergaya tetuang 3 jari dan sistem brek hadapan kaliper monobloc 4 omboh dengan cakera terapung, XJR1300 menjanjikan pengendalian hebat untuk sebuah mesin jalanan.

Yamaha XJR1300 2014

Di datangkan dengan dua warna pilihan Matt Grey dan Yamaha Black untuk 2014, Yamaha XJR1300 2014 seolah akan terus kekal dalam survival produksi Yamaha walaupun masih mengekalkan ciri asalnya. Yamaha XJR1300 sememangnya mesin jalanan yang harus di hormati lawanya.

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

Yamaha XJR1300 2014

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon