Benelli BN600R, BN600I, BN600S 2014 Lebih Sempurna Gaya Dan Pengendalian Pada Kuasa Yang Hebat

Benelli BN600R 2014

Benelli BN600R, BN600I, BN600S 2014 Lebih Sempurna Gaya Dan Pengendalian Pada Kuasa Yang Hebat. Lebih di kenali sebagai Benelli TnT 600 di Malaysia, Benelli BN600R, BN600I dan BN600S 2014 adalah sebuah mesin nakedbike sporty serba boleh.

Benelli BN600I 2014

Menjanjikan persembahan kelas pertama dan menjadi antara pilihan terbaik bagi penunggang yang baru berjinak dengan mesin berkuasa besar dan juga pada penunggang yang lebih berpengalaman.

Benelli BN600S 2014Ketiga-tiga model yang telah pun muncul di pasaran Australia, dan mungkin sedikit masa lagi di Malaysia dalam versi TnT 600 di hasilkan dengan gaya canggih dan moden, dengan spesifikasi yang tinggi mengunakan komponen terbaik dari kejuruteraan terbaik Benelli Itali.

Benelli BN600S 2014

Masih di kuasakan dari enjin model asal BN600. Enjin 4 lejang, 4in-line DOHC 16 injap sejukan cecair yang telah di pertingkat keupayaan dengan model 600R dan 600I mengunakan sistem suntikan bahanapi elektronik Delphi bersama 4 badan pendikit bersaiz 38mm berbanding model 600S.

Benelli BN600S 2014

Kuasa 82HP ( 60kW ) @ 11,500 rpm dan 52 Nm Tork @ 10,000 rpm yang terjana dari enjin padat itu di kawal baik melalui sistem transmisi 6 kelajuan dengan rangka gabungan bingkai keluli dan aluminium teguh menstabilkan kuasa yang di hamburkan.

Benelli BN600S 2014

Suspensi hadapan upside-down bersaiz 50mm dari jenama Marzocchi untuk model BN600R dan sistem monoshock belakang dari jenama Sachs untuk model 600R dan 600I dengan model 600S dengan monoshock standart mampu memberi maklum balas sempurna pada penunggang.

Benelli BN600S 2014

BN600 sememangnya seperti superbike sebenar dengan sistem brek berprestasi tinggi Brembo depan dan belakang yang di pasang khas untuk model 600R dan 600S menjanjikan kuasa berhenti hebat walaupun model 600I di pasang sistem brek standart.


Benelli BN600S 2014

Benelli BN600R, BN600I dan BN600S 2014 mempunyai segala kemampuan seperti yang di inginkan pada sebuah superbike. Berkuasa, tunggangan selesa, praktikal dan lancar seperti yang di harapkan oleh penunggang yang baru atau berpengalaman.

Benelli BN600S 2014

Dengan satu tangki penuh mampu mengisi petrol 15 liter. Persoalan utama untuk anda, isi petrol penuh semula atau berhenti seketika menarik nafas sambil menikmati keanggunan estetika rekabentuknya...

Benelli BN600S 2014

Benelli BN600S 2014

Benelli BN600S 2014

Benelli BN600S 2014

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments


EmoticonEmoticon