Ducati Monster 821 Di Lancarkan - Bintang Baru Ducati 2014


Setelah pelancaran Ducati Monster 1200 di EICMA tahun lepas, akhirnya Ducati secara rasmi melancarkan Ducati Monster 821 dengan ciri terbaru sistem sejukan cecair sebagai pilihan untuk barisan model kelas pertengahan Monster.

Di kuasakan enjin Testastretta 821cc, menghasilkan 112hp dan 89Nm tork, berkongsi enjin yang sama di gunakan pada model Ducati Hypermotard dan Ducati Hyperstrada, dengan berat hanya 180kg. Ducati Monster 821 di lihat seolah kembali pada gaya dan tujuan asal bagaimana model pertama Monster di hasilkan.

Ducati Monster 821 juga di lihat sebagai trend baru Ducati dalam menghasilkan motorsikal kelas pertengahan dengan ciri double swingarms bagi membezakan model yang lain sebelumnya. Lengkap dengan brek spesifikasi tinggi dan suspensi boleh laras, ketinggian seat boleh laras, Traction Control 8 peringkat, sistem ABS 3 peringkat dan 3 mod tunggangan dengan sistem kawalan thorttle Ride-By-Wire 3 peringkat menjadikan Monster 821 sebagai ciptaan teknologi terkini untuk generasi akan datang bagi mewujudkan sensasi antara penunggang dan motosikal.

Ducati Monster 821 akan berada di seluruh cawangan pada bulan Julai 2014 dan di datangkan dengan 3 warna pilihan, merah, putih dan hitam. Jangkaan harga sekitar RM 48556.08 tidak termasuk cukai dan insuran.





I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon