Yamaha MT-125 Di Lancarkan - Debut Pertama Di Eropah


Yamaha MT-125 di lancarkan dalam debut pertama di Eropah dengan Yamaha di lihat seakan terus menyerang pasaran sportsbike di kala demam Yamaha MT-09Yamaha MT-07 dan Yamaha YZF-R25 di Asia, dengan Yamaha UK secara rasmi telah melancarkan Yamaha MT-125 terbaru untuk pasaran Eropah. Berasaskan dari platform Yamaha YZF-R125, Yamaha MT-125 pada dasarnya Yamaha YZF-R125 yang di lucutkan fairing.


Walaupun Yamaha MT-125 berkongsi spesifikasi kerangka keluli Deltabox yang sama dengan YZF-R125, sedikit perubahan pada tempat duduk, hendal, footpages untuk kedudukan menunggang yang lebih santai dan enjin kekal 124.7cc satu silinder 14.8hp selain tangki petrol 3.04 gelen turut di beri sentuhan. Perubahan yang besar sudah tentu gaya yang kita telah lihat seperti pada Yamaha MT-09 dan Yamaha MT-07 namun lebih egronomik dengan gaya urban yang sesuai dengan situasi di bandaraya.


Di lengkapi fork depan terbalik 41mm dan brek cakera 292mm dengan kaliper radial-mounted cukup memberi kuasa henti yang di perlukan. Walau bagaimanapun sistem pelarasan suspensi agak sedikit terhad tetapi Yamaha cuba menjadikan Yamaha MT-125 lebih dari model premium.


Yamaha MT-125 hanya terhad di pasaran Eropah pada bulan Julai tahun ini, dengan pilihan warna merah, kelabu dan biru. Yamaha di lihat seolah cuba meneroka setiap pelusuk pasaran dunia dengan Eropah di lihat sebagai paltform debut pertama Yamaha MT-125. Dengan pasaran Asia yang semakin berkembang, tidak mustahil Yamaha MT-125 bakal melakukan kejutan debut di Asia. Adakah bakal kenyataan? bersama kita nantikan.














Sumber: Yamaha UK

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

1 comments so far


EmoticonEmoticon