Yamaha YZF-R25 Sah Di Lancarkan Di Indonesia 20 Mei 2014


Yamaha YZF-R25 secara rasmi akan di lancarkan beberapa hari dari sekarang iaitu 20 Mei. Sebagai promosi debut pertama di Indonesia, Yamaha telah melancarkan website " I Want Yamaha R25, Klik Di Sini " beserta timeline 20 Mei, dengan pembeli awal akan mendapat topi keledar jenama AGV bertemakan VR46.

Dengan Indonesia sebagai hub pelancaran pertama Yamaha YZF-R25, Thailand dan Malaysia mungkin bakal menjadi pasaran ke 2 dan ke 3 dengan pasaran motorsikal kapasiti 250cc ke atas semakin berkembang di Asean. Sementara YZF-R3 bekongsi platform yang sama R25 bakal menyusul di pasaran Amerika Utara dan Eropah.

Di jangka bakal memberi persaingan yang sihat pada Ninja 250, CBR250 dan KTM Duke dalam saingan sekelasnya. Peminat pasti mengharapkan pakej yang bagus dengan nilai wang yang bakal di laburkan dan adakah Yamaha melakukan yang terbaik untuk Yamaha YZF-R25? bersama kita nantikan.

Sumber : Yamaha Indonesia

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon