Suzuki Inazuma 250 Z 2014 - Gaya Dan Kuasa Baru Lebih Mengancam

Suzuki Inazuma 250 Z 2014 - Gaya Dan Kuasa Baru Lebih Mengancam. Walaupun khabar angin Suzuki Assemblers Malaysia bakal membawa masuk model naked Suzuki Inazuma 250 secara CKD pada tahun 2014 belum realiti. Namun Suzuki telah mengorak langkah dengan memperkenalkan Suzuki Inazuma 250 Z dengan gaya dan spesifikasi yang lebih bertenaga.

Suzuki Inazuma 250 Z 2014

Suzuki Inazuma 250 Z di kuasakan enjin empat lejang 248cc SOHC sejukan cecair sejuk, dengan sistem 6 kelajuan kini mengunakan sistem suntikan bahan api terbaru yang lebih cekap dan efisien sekaligus mampu menjana output maksimum 18.00 kW pada 8500 rpm (24.00 hp) dan 22.00 NM tork pada 6500 rpm (16.00 lb.Ft).

Kualiti tunggangan juga di pertingkatkan dengan penggunaan aci pengimbang di samping sistem petunjuk RPM enjin yang mempunyai 2 mod iaitu mod NORM dan ECO, pada RPM tertentu lampu enjin akan menyala menunjukkan masa terbaik untuk beralih ke mod NORM untuk tunggangan biasa. Dan mod ECO untuk bersedia bertukar ke tunggangan mod ekonomi. Peningkatan yang cukup ketara ini memberikan Suzuki Inazuma 250 Z lebih selesa di tunggang.

Suzuki Inazuma 250 Z 2014

Suzuki Inazuma 250 Z di lihat lebih berkemampuan daripada Inazuma standart di samping dengan gaya yang lebih menarik dan unik. Di datangkan dengan skim warna dan grafik hitam / kuning dan hitam / perak. Skim grafik baru ini lebih terserlah dengan kemasan jalur roda mengikut skim warna pilihan. Suzuki Inazuma 250 Z 2014 di lihat sebagai pakej yang seimbang dari segi gaya dan prestasi dan mungkin harga yang lebih kompetitif dari saingan. Sumber


Spesifikasi Suzuki Inazuma Z 2014

Engine capacity:248cc
Engine:Four stroke, liquid-cooled, SOHC
Bore:53.5x55.2
Compression ratio:11.5:1
Lubrication:wet Sump
Fuel system:fuel injection
Transmission:6-speed constant mesh
Drive:chain
MPG:85.87
Power:18.00kW @ 8500rpm (24.00hp)
Torque:22.00N.m @ 6500rpm (16.00lb.ft)
Overall length:2145mm (84.4in)
Overall width:760mm (29.9in)
Overall height:1075mm (42.3in)
Wheelbase:1430mm (56.3in)
Seat height:780mm (30.7in)
Kerb Mass:183kg (403.4lbs)
Fuel capacity:13.3litres (2.9 UK gallons)
Ground clearance:165mm (6.5in)
Front suspension:Telescopic, coil spring, oil damped
Rear suspension:Swingarm type, coil spring, oil damped
Front brakes:Disc
Rear brakes:disc
Front tyres:110/80-17 M/C 57H, tubeless
Rear tyres:140/70-17 M/C 66H, tubeless
Colors:Black/yellow, Black/silver

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

14 comments

Motor ini "MUNGKIN" akan lenyap dikaburi oleh Z250, KTM 200, 250SL dan kemunculan R25 akan menambah derita dan kisah sedih model ini....

Wow best la kalau masuk motor ni.. dah tiba masa untuk suzuki bersaing dalam kategori 250 pula :D

silap aribulan tenggelam..design mcm kurang..simple beno..tp kalo top speed okay mybe lah

tahniah kepada suzuki atas usaha utk bw masuk model ini... dah lama menanti utk model 250cc.. ok la dr x da langsung..

yup, kena ada kemasukkan model baru untuk terus survive pasaran semasa

lambat sangat nak masuk pasaran Malaysia pasal kurang rasuah

Ini motosikal dgn engine TWIN-CYLINDER..siapa yg pernah rasa kuasa injin 250cc mcm ni akan tau.. Bunyi pn dh cukup buat moto 1 cylinder nampak koman..

Lepas Suzuki Assembler Malaysia tutup, memang tipis harapan nak tengok model ni.


EmoticonEmoticon