Suzuki UK Melancarkan Suzuki GSR 750Z Special Edition 2014 - Terhad Di Pasaran UK

Suzuki UK secara rasmi telah melancarkan Suzuki GSR 750Z Special Edition 2014, lengkap dengan butiran spesifikasi terbaru, Suzuki GSR 750Z SE tampil sebagai sebuah naked streetfighter yang lebih bergaya di samping mengekalkan prestasi hebat dalam saingan sekelasnya.

Suzuki UK Melancarkan Suzuki GSR 750Z Special Edition 2014

Suzuki GSR 750Z Special Edition di kuasakan enjin 4 silinder sebaris DOHC sejukan cecair 749cc dengan suntikan bahan api mampu menjana kuasa 106hp pada 10,000 rpm dan 82 Nm (59.7 lb-ft) tork pada 7500 rpm pada berat kering keseluruhan motorsikal hanya 213kg.

Suzuki UK Melancarkan Suzuki GSR 750Z Special Edition 2014

Suzuki GSR 750Z Special Edition di datangkan dengan warna khas biru putih, warna tradisi perlumbaan Suzuki yang cukup elegan di samping ekzos Yoshimura R11 yang di datangkan sebagai kit standart.

Suzuki UK Melancarkan Suzuki GSR 750Z Special Edition 2014

Selain itu antara aksesori lain yang menyerlahkan penampilan GSR 750Z SE ialah belly pan warna putih, rantai padu warna biru, fork hadapan warna emas anodised dan adjuster fork dan spring suspensi belakang warna merah di samping handle bar krom juga turut di datangkan sebagai alatan standart dengan ABS sebagai pilihan turut di tawarkan.

Suzuki UK Melancarkan Suzuki GSR 750Z Special Edition 2014

Suzuki GSR 750Z Special Edition dengan tag harga £7799 kini telah berada di seluruh pengedar Suzuki di UK. Di Malaysia tidak pasti tapi tentu ada pengimport akan bawa masuk.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon