Yamaha MT-09 CKD Di Pasaran Malaysia Jun 2014 - Harga Asas RM 54,000


Yamaha MT-09 CKD bakal di pasaran Malaysia pada Jun 2014, di jangka akan memenuhi selera dan landskap dunia permotoran Malaysia apabila sumber maklumat terbaru memaklumkan Yamaha MT-09 akan di lancarkan dengan pemasangan secara CKD pada Jun 2014 ini.

Yamaha MT-09 adalah motorsikal berkuasa tinggi dengan konsep keseluruhannya terbaru dari Yamaha. Menawarkan motorsikal yang ringan, berkuasa dan mudah di kendalikan dengan rekaan rangka maju yang tegar lagi padat di samping enjin 3 silinder baru yang mampu menjana kuasa tork yang tinggi dengan bantuan kawalan elektronik pintar. Yamaha MT-09 adalah sebah mesin generasi baru berprestasi tinggi yang di reka untuk penunggang sentiasa mahukan gaya dan watak imej tersendiri.

Yamaha MT-09 CKD bakal di lancarkan dan berada di pasaran Malaysia pada 25 Jun 2014 dengan anggaran harga asas RM 54,000. 

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon