Ducati Hypermotard SP 2015 Di Lancarkan Di World Ducati Week


Ducati telah melancarkan model Ducati Hypermotard SP 2015 di World Ducati Week yang telah berlansung baru-baru ini. Menurut syarikat Itali itu, motorsikal Ducati Corse itu mengilhamkan "skim warna merah putih segar baru yang memberikan Hypermotard SP dengan rupa yang lebih kuat dan keras tarikannya". Ducati Hypermotard SP 2015 telah di lancarkan oleh bekas pelumba MotoGP dan juga juara tiga kali World Superbikes (2001, 2006, 2008) Troy Bayliss dan juara World Superbikes 2011, Carlos Checa.

Ducati Hypermotard SP 2015 mempunyai enjin generasi terkini Testastretta 11 ° 821cc berkuasa 110hp dengan sokongan bingkai tuib keluli teralis. Di lengkapi dengan 3 mode tunggangan, Race, Sports dan Wet Riding mode untuk di sesuaikan mengikut gaya tunggangan yang di ingini. Selain itu sistem ABS dengan 3 peringkat kawalan dan sistem Traction Control dengan 8 tahap kawalan cengkaman juga sebagai alatan standart, sekiranya anda cukup berani dan berbakat, Hypermotard SP boleh di miringkan pada sudut sehingga 47.5 °.

Sistem gear pada Hypermotard SP baru adalah antara yang terkemuka. Sistem suspensi depan adalah jenis MARZOCCHI USD 50mm boleh laras sepenuhnya dan sistem monoshock belakang dari jenis boleh laras sepenuhnya Ohlins. Roda dari jenis aluminium 17 inci berbentuk 3 bilah buatan Marchesini dengan di baluti tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP (120/70 depan, 180/55 belakang). Mudguard tayar depan dan kesemua penutup enjin adalah dari carbonfibre dan bberat kering keseluruhan motorsikal adalah 171kg.

Ducati Hypermotard SP 2015 baru boleh di dapati pada September tahun ini. Harga tidak berubah berbanding model sebelumnya.




Sumber & imej : fasterandfaster   

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon