Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015 - Edisi Istimewa " 30th Anniversary"

Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015

Kawasaki secara rasmi telah melancarkan model terbaru Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015 30th Anniversary Edition yang mana merupakan model ketiga selepas Kawasaki melancarkan model Ninja ZX-6R 30th Anniversary Edition dan Ninja ZX-10R 30th Anniversary Edition, sebagai ulang tahun sambutan ke 30 tahun penghasilan motorsikal Ninja dari Kawasaki.

Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015
Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015 30th Anniversary Edition ini di datangkan dengan gaya khas dengan warna istimewa Firecracker Red dan Metallic Graystone dengan kemasan jalur emas bersama kaliper brek dengan ABS turut berwarna emas, konsep warna yang berbeza dari Ninja ZX-6R dan Ninja ZX-10R sebelum ini.

Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015
Seperti yang anda lihat hanya 300 pemilik bertuah sahaja akan memiliki versi ulang tahun isitimewa ini dengan emblem "30th Limited Edition" dan pelekat istimewa "Ninja 30th Anniversary" yang tertera nombor setiap model. Kawasaki Ninja ZX-14R ABS 2015 30th Anniversary Edition secara rasmi akan di pertontonkan di pusingan perlumbaan WSBK di Laguna Seca.

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments


EmoticonEmoticon